Followers

Wednesday, February 15, 2012

Rosmah kata ada orang kecewa dan cemburu kerana dia dapat Phd ??

 
[MK] Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor percaya bahawa sesetengah pihak yang mengkritiknya mungkin "kecewa dan cemburu" dengan kejayaannya yang dianugerah ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kritikan beberapa pihak berhubung anugerah yang diterimanya Sabtu lalu, ketika ditemui pada majlis Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Rosmah, Ijazah Doktor Kehormat itu telah diberikan sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara.

Sambil menyifatkan bidasan yang dilemparkan itu remeh, katanya pihak berkenaan juga telah mencipta budaya yang tidak sihat yang tidak memberi manfaat kepada Malaysia.

Isu remeh


"Saya tidak mahu menangani isu-isu remeh-temeh peribadi. Ia adalah semua daripada kekecewaan. Ia adalah semua keluar ... Saya tidak tahu ... Mungkin cemburu," katanya yang , jelas kelihatan kecewa.

Rosmah turut ditanya mengenai kriteria yang digunakan oleh Universiti Curtin yang memilih dirinya bagi anugerah itu.

"Saya tidak tahu... apa kriterianya. Saya tidak tahu. Berita sya diberi anugerah itu sesuatu yang mengejutkan.

"Tetapi saya diberitahu bahawa naib canselor (universiti itu) sedang mencari seorang wanita yang mempunyai citi-ciri kepimpinan, melakukan kebajikan dan kerja sosial dan juga program yang memberi manfaat kepada negara,” katanya.

Diminta mengulas pandangan beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Universiti Curtin memberikan anugerah itu, Rosmah berkata mereka perlu menyoal universiti Australia itu jika tidak berpuas hati.

"Saya tidak faham mengapa awak mempersoalkannya .... Adakah awak mempersoalkan Curtin University atau mempersoalkan saya? Curtin University yang memutuskan untuk memberi anugerah kepada saya. Awak soal (mereka), bukan saya,” katanya dengan nada kurang senang.

Terlampau banyak isu

Isteri perdana menteri itu juga meminta pengkritik supaya tidak menjadikan dirinya mangsa jika mereka tidak berpuas hati.

“Pada saya, saya rasa orang luar negara luar tak ada isu dengan diri saya atau perdana menteri.

“Tetapi orang dalam (tempatan) ini terlampau banyak isu, dan saya rasa seharus beri fokus kepada perkembangan negara (seperti) macam mana kita boleh bangunkan negara... dari kita mengata antara satu sama lain.

“Kita buang masa mengata antara satu sama lain, bagi saya ini tidak sihat, kerana banyak lagi perlu kita lakukan untuk rakyat dan negara,” katanya.

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2012/02/video-rosmah-kata-ada-orang-kecewa-dan.html#ixzz1mNEaMuUr

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.