Dulu
semasa keluar UMNO sertai Semangat 46, dalam satu ucapannya Brahim Ali
sanggup jilat pungung Mahathir jika beliau masuk UMNO kembali.
Bila dia masuk UMNO ,tak pun dia jilat pungung Mahathir. Hari ini, Brahim Ali sanggup pula cium kaki Ust. Azizan jika Madrasah Salihiah tidak dirobohkan.
Kononnya dialah pembela agama sampai sanggup cium kaki. Sapa nak percaya ko lagi, Brahim.......Admin
ALOR SETAR 6 Feb. -
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim
Ali berkata, beliau sanggup mencium kaki Menteri Besar, Datuk Seri
Azizan Abdul Razak jika tindakan itu dapat menyelamatkan Madrasah
Salihiah, di sini daripada dirobohkan.
Katanya,
beliau tidak kisah dianggap bacul dengan perbuatan tersebut asalkan
dapat membantu Jawatankuasa Madrasah Salihiah mempertahankan kewujudan
madrasah berusia lebih 100 tahun itu demi perjuangan memartabatkan
syiar Islam.
"Saya
dengan rendah diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki merayu
kepada Menteri Besar Kedah supaya sedar dan hayatilah kehendak
Jawatankuasa Madrasah Salihiah ini.
"Walaupun
saya jadi bacul, kalau Azizan kata Madrasah Salihiah tidak akan
dirobohkan dengan syarat Ibrahim Ali datang cium kaki dia, saya pergi
cium kaki dia esok. Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu
jawatankuasa madrasah ini," katanya.
Beliau
berucap di hadapan kira-kira 2,000 orang pada program Sambutan
Maulidur Rasul dan Ceramah Perdana anjuran Perkasa dan Badan Bertindak
Selamatkan Madrasah Salihiah, di pekarangan madrasah itu malam tadi.
Bercakap
kepada pemberita selepas itu, Ibrahim berkata, beliau secara terbuka
merayu kepada Azizan supaya tidak merobohkan madrasah tersebut dengan
alasan 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.'
Kata
beliau, tiada sebab Menteri Besar itu tidak boleh bertegas untuk
menyelamatkan madrasah berkenaan kerana sebelum ini Azizan dapat
bertegas dengan keputusannya berhubung isu penggantungan lima pelajar
Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sehingga dikecam sekutunya dalam
pakatan pembangkang.
"Kalau
isu pengantungan pelajar Kuin beliau boleh bertegas, kenapa tidak
boleh bertegas bagi menyelamatkan Madrasah Salihiah yang lebih besar
isu dan tanggungjawabnya. Ini rumah ibadah di atas tanah wakaf yang
mempunyai warisan sejarah," katanya.
Sebelum
itu, Ibrahim mengepalai perarakan sejauh hampir empat kilometer yang
disertai kira-kira 2,000 umat Islam tanpa mengira peringkat usia dan
latar belakang sempena majlis sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah.
Mereka
berarak dari Madrasah Salihiah ke Jalan Tambang Badak dan memasuki
Jalan Putra di persimpangan lampu isyarat berdekatan Restoran Nasi
Kandar Salam dan kemudian membelok ke Lebuhraya Darulaman sebelum
kembali ke madrasah berkenaan.
Sepanjang
perarakan itu, para peserta yang terdiri daripada penduduk sekitar dan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama-sama mengalunkan bacaan
selawat memuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Sambutan
kemudian diteruskan di Madrasah Salihiah dengan ceramah oleh Ketua
Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim; Ibrahim dan Pengasas Pondok Geting,
Kelantan, Abdullah Sa'amah.
Hadir
sama, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali; Yang Dipertua
Perkasa Kedah, Syed Osman Mansor dan Pengerusi Perkasa Kota Setar,
Datuk Mohd. Yusof Ismail.Meloya
# Meloya nak menipu pun biaq logik sikit. Tak sampai pun 200 orang ditipunya 2000 orang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.