Si 'Jambu' intip Muhyiddin pulak?
Muhyiddin Cowboy
Utaranews melaporkan:
Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyoal siasat Timbalan Perdana Menteri, Tan Muhyiddin Yasin berhubung skandal lembu Fidlot (NFC).
Menurut beliau, Muhyiddin seharusnya menjadi orang pertama dipanggil memandangkan beliau merupakan orang yang meluluskan dana RM250 juta kepada keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
"Isu pokok NFC adalah salahguna kuasa dan pemberian dana sebegitu besar pada keluarga menteri.
Ini membenarkan lagi bagaimana amalan rasuah yang begitu menyerlah berlaku dalam kerajaan.
"Keduanya adalah wang negara dan wang rakyat berjumlah RM250 juta diserahkan kepada kroni yang tidak ada pengalaman langsung dalam bidang ternakan lembu.
"Saya rasa orang-orang Umno lebih faham tindakan Muhyiddin tersebut menyerahkan projek mega yang begitu besar kepada keluarga Shahrizat." kata beliau. - UtaraNews.
Income pasif!! Register & display. RM1.00 setiap referrer.
Sebelum ni, Rafizi Ramli bersama team dia buat pendedahan sikit demi sedikit berkenaan NFC ni dengan sasaran utama depa adalah Shahrizat Jalil, suami kepada tokey syarikat yang dapat durian runtuh dari projek NFC. Shahrizat tak tahan kena serang sampai gelar Rafizi 'si jambu'.
Serangan yang berterusan tu tak dapat Umno ditangkin sampai tahap Shahrizat terpaksa ambil cuti 3 minggu untuk redakan keadaan.
Malangnya cuti 3 minggu pun keadaan tak reda sampai ada yang kata Najib dah bagi kata dua kepada Shahrizat supaya letak jawatan dalam masa terdekat.
Bila episod Shahrizat dah semakin nak berakhir, Rafizi nampaknya mula alihkan sasaran kepada Muhyiddin pulak.
Dan memang dakwaan Rafizi tu ada fakta pasainya sebagai Menteri Pertanian masa tu, Muhyiddin yang juga antara menteri kanan dari Umno yang meluluskan dana tu untuk keluarga Shahrizat.
Dah tentu la kelulusan pinjaman mudah, walaupun dipanggil pinjaman mudah tetap perlu ada syarat dan syarat tu pulak perlu sentiasa dipantau supaya peminjam tak langgar.
Yang orang pertikai sekarang ni, dah la NFC dianggap gagal tapai tahap yang dikehendaki tapi dalam masa yang sama boleh pulak keluarha Shahrizat guna duit pimjaman mudah tu untuk buat pelaburan hartanah.
Pasai tu la ada pihak yang cabar kerajaan pusat dedahkan bentuk perjanjian dan syarat-syarat pinjaman mudah tu supaya rakyat sendiri yang nilai.
Kalau syarat-syarat perjanjian tu didedahkan tentu rakyat dapat menilai patut atau tidak Muhyiddin Yasin meluluskan pinjaman tu kepada keluarga Shahrizat.
Jangan ingat Muhyiddin Yasin boleh terlepas, pasai lepas ni aku yakin akan ada lagi pendedahan oleh Rafizi dan team dia yang mungkin boleh menjerut Muhyiddin pulak.
Berkaitan
NFC: Muhyiddin tak mahu ulas lanjut -
Malaysiakini
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"
Cenangau Daunkari
source: http://cenangau.blogspot.com/2012/02/pendedahan-skandal-nfc-masuk-fasa-baru.html#ixzz1mFtIIbDd
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.