Beberapa orang bekas pegawai kanan
kerajaan akan menyertai PAS secara rasmi pada 18 Februari nanti sempena
lawatan Tuan Guru Presiden PAS dan Ketua Penerangan PAS Pusat ke
Melaka. Mereka akan menyerahkan borang menyertai PAS pada sebelah malam
iaitu pada majlis ceramah perdana Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi
Awang dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di Permatang Pasir, Dun Telok Mas.
Setakat ini mereka telah
mengesahkan akan menyerahkan sendiri borang tersebut kepada Tuan Guru.
Kemasukan bekas-bekas Pegawai Kanan Kerajaan ini memberikan tamparan
hebat kepada BN Melaka yang selama ini mendakwa bahawa pegawai-pegawai
kerajaan dan bekas-bekas pegawai kerajaan terus setia bersama mereka.
Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji
Adly Zahari dalam salah satu posting di Facebook beliau mengesahkan
perkara ini. Kita tunggu 18 Feb nanti siapa agaknya bekas Pegawai Kanan
Kerajaan tersebut. .....Apakah Umno Melaka akan menyerang mereka dengan
pelbagai tuduhan ....
Mutaligat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.