Followers

Monday, February 13, 2012

KENA TANYA MENTERI UMNO NI... KENAPA SAMSENG BOLEH IKUT SAMPAI KE BALAI POLIS, KALAU TAK MAMPU JAGA KESELAMATAN NEGARA... LEBIH BAIK LETAK JAWATAN !




Apa dah jadi dengan keselamatan rakyat yang sampaikan Samseng-Samseng boleh mengepong tempat Ceramah dan mengekori hingga ke balai polis dan menunggu Pelajar-Pelajar diluar Balai Polis sehingga jam 4 pagi, dan sebelum itu walaupan di iringi kereta peronda Polis... Samseng-Samseng tersebut masih boleh merosak kenderaan Pelajar.

Rasa nya Menteri Kesalamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga sepupu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Hj Najib mesti menjawap kenapa perkara ini boleh berlaku... dimana konon nya indek jenayah berkurangan namun telah timbul budaya baru yang seolah-olah di izinkan... walaupun berhampiran Balai Polis.


Selepas kejadian menggaggu ceramah di Jln Kebun Klang ini adalah Satu lagi ceramah telah diganggu oleh pihak yang semacam diberi kebenaran oleh pihak tertentu... namun kali ini ceramah tersebut mengenai kebebasan akademik... yang dicadangkan di Kampong Idaman Klang... terpaksa dibatalkan selepas sekumpulan remaja menganggu majlis itu dan mengepung lokasi Ceramah.

Ini telah disahkan oleh Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab yang berkata samseng berkenaan telah memecahkan kerusi dan menyelerakkan dewan serbaguna itu sebelum ceramah bermula dan kemiudian nya mengepong lokasi tempat ceramah dan kami terpaksa berlindung di sebuah gerai makanan berhampiran sementara menunggu keadaan kembali tenang.


Menurut beliau Walau kumpulan yang terdiri daripada kira-kira 70 orang yang menaiki motorsikal enggan berganjak dan ini memaksa kami berjumlah kira-kira 15 orang itu membuat laporan di balai polis Pandamaran... Kami tiba di balai polis Pandamaran pada kira-kira jam 11.30 malam, samseng itu terus ekori kami dan mula berkumpul di sana bersama motosikal mereka.

Tiga kereta polis mengiringi kami dalam konvoi lima kenderaan tetapi ketika kami keluar, mereka membaling batu dan memukul kereta kami dengan kayu.... Syukur cermin kereta kami tidak pecah tetapi kereta imbalan presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen Khalid Mohd Ismath kemek teruk," katanya sambil menambah polis juga tidak mampu berbuat apa-apa.

Selepas membuat laporan polis, kami dinasihatkan supaya tidak meninggalkan balai polis berkenaan demi keselamatan... Malah sehingga jam 4 pagi, samseng itu masih di luar, jadi kami terpaksa melarikan diri melalui pintu lain dengan bantuan penduduk tempatan.

Kalau rasa dah tak boleh menjaga keselamatan rakyat... lebih baik letak jawatan... biar orang lain yang berkelayakan menjadi Menteri Dalam Negeri... kalau nak juga jadi Menteri... jadi Menteri Pelancungan ke... atau ujudkan balik Menteri Kebudayan.


Bila rakyat nak berdemo secara aman... maka sebok Menteri ni bercakap soal keselamatan Negara... seolah-olah beliau sangat menjaga keselamatan Negara... tetapi dalam masa Negara menggunakkan Bio-Metrik bagi merekodkan kemasukkan Warga Asing... timbul cerita Atlet Rakyat Israel keturunan Yahudi masuk ke dalam Negara Tanpa Pasport Beliau Di Cop... kah kah kah !!!.
 
hemmmmm..... patutlah beliau menjerit dulu apabila mendengar yb salahuddin ayop hendak bertanding di parlimen sembrong... dengan dua ceramah diganggu oleh samseng sudah menunjukkan sikap beliau terhadap keselamatan rakyat... umno perkasam jati betul-betul meloyakan  heeeee..... 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.