Followers

Tuesday, January 17, 2012

"Orang Yang Malukan Anwar Dia Pula Dimalukan Sekarang" - TGNA


Nik Aziz: Berhentilah malukan Anwar

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa pemimpin politik dan media berhenti memalukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu melibatkan dakwaan salah laku seks kerana mahkamah sudah memutuskan ketua pembangkang tidak bersalah.


Ini kerana, menurut mursyidul am PAS, Anwar juga manusia biasa yang mempunyai perasaan malu setelah bertahun-tahun diasak dengan isu tersebut.

"Anwar ini manusia, bukan batang kayu. Dia reti malu. Bertahun-tahun surat khabar malukan dia. Orang (yang malukan) ini berdosa, kerana mencabul maruah tadilah... Dia berdosa.

"Tahu-tahu (keputusannya) terbalik sekelip mata... Orang yang memalukan itu dia pula dimalukan sekarang," kata Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan.

Anwar pada 9 Januari lalu dibebaskan dari tuduhan meliwat bekas pembantunya pada 2008 kerana hakim Mahkamah Tinggi mendapati tiada bukti kukuh yang menyokong keterangan pengadu.

Bermula kelmarin, beliau diasak dengan isu baru apabila dilaporkan memberikan jawapan kontroversi terhadap soalan sama ada beliau bersedia menerima "idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay".

Yakin menang besar


Dalam wawancara dengan BBC pada Khamis, yang dipetik semula beberapa media tempatan, Anwar dilapor berkata: "kami perlu menyemak semula sebahagian daripada undang-undang lapuk kami."

Ketika diwawancara Malaysiakini di kediaman rasminya di Kota Baharu pada Khamis, Nik Aziz menggesa pihak terlibat bermuhasabah kerana tindakan memalukan orang bukan sikap seorang pejuang Islam.

"Saya kata, biarlah orang ini bermuhasabah. Kita nak menentang lagi kesian pada dia... Orang rebah. Diam sekejap, bermuhasabah. Buat dosa tak pasal-pasal di akhirat Anwar Ibrahim pula jadi jutawan kerana pahala orang itu diberi kepada dia.

"Dosa Anwar pula naik kepada dia. Jadi sekarang ini saya minta orang-orang yang memalukan Anwar Ibrahim, berhenti. Perjuangan Islam tak payah memalukan orang,"
katanya.

Nik Aziz juga menegaskan bahawa dalam Islam, maruah antara lima perkara yang wajib dipertahankan dalam Islam selain agama, nyawa, akal dan harta benda.

Sementara itu, mengulas peluang PAS mempertahankan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang, Nik Aziz berkata, beliau yakin parti itu akan memang besar sekiranya pilihan raya berlangsung dengan bebas dan adil.

Dakwat kekal perkara kedua, ketiga


"Kalau demokrasi dijaga dengan baik, tidak rasuah, tidak ugut, tidak (guna) ISA, tiada sebab rakyat tak undi Islam. Cina sekarang ada kelab penyokong PAS.

"Saya pun tak terfikir Cina ada kelab penyokong PAS sedangkan PAS dimomok-momokkan, difobiakan," katanya.

Mengulas perkembangan tidak sihat itu dengan memberi contoh, Nik Aziz mendakwa, beliau difahamkan seorang wakil rakyat daripada negeri itu bahawa terdapat sebuah rumah di Kelantan yang terdapat 13 pengundi "Melayu Thailand" didaftarkan di alamat itu.

"Mana boleh terima 13 orang duduk satu rumah. Umno ini, orang Melayu dah tak percaya dah, maka dia ambil orang lain.

"Kalau Melayu sendiri dah tak percaya pada Umno, berhentilah. Tapi dia ambil orang lain pula. Bangladesh pun ada ambil," dakwa anggota dewan undangan negeri Chempaka itu.

Ditanya tentang perkembangan baru apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, bagi Nik Aziz, yang lebih penting adalah membersihkan daftar pemilih.

"Dakwat ini perkara yang kedua, (dan) ketiga, Perkara pertama bagi saya ialah senarai pengundi. Senarai pengundi, saya dengar banyak (aduan)," katanya.

Nik Aziz diwawancara oleh Jimadie Shah Othman dan Nigel Aw.


Hasan dakwa Anwar akan halalkan homoseksual

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti ditolak oleh semua rakyat Malaysia kerana pemimpin PKR itu akan melakukan sesuatu terhadap undang-undang menentang homoseksual jika dipilih mentadbir kerajaan persekutuan, demikian dakwa Datuk Dr Hasan Ali.

Bekas ketua PAS Selangor itu berkata, itu merupakan sebab mengapa dia tidak boleh bekerja atau menghadiri perbincangan empat mata dengan pemimpin pembangkang tersebut, dan temubual baru-baru ini antara Anwar dengan BBC menunjukkan dia mempunyai “pandangan peribadi” berhubung isu tersebut.

“Ini ialah sebab mengapa saya tidak boleh bekerja dengannya. Ini adalah faktor mengapa rakyat Malaysia perlu menolak Anwar.

“LGBTs (lesbian, homoseksual, dwiseksual dan transeksual) disahkan di Malaysia! Tuhan melarang! Saya boleh melihat keadaan yang sukar jika perkara itu berlaku,” Hasan (gambar) memberitahu pemberita di sini.

“(Dia) akan menjadikan perkara itu 'halal'. Tuhan melarang, dan masyarakat akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir jika itu berlaku.

“Pandangan-pandangan dalam temubual bersama BBC mencerminkan pandangan peribadinya,” tambah anggota Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini lagi.

Selepas dibebaskan meliwat bekas pembantunya, Anwar telah dituduh menjadi penyokong hak-hak homoseksual, dengan Umno mendakwa memiliki bukti-bukti Anwar berkata demikian semasa satu temubual dengan rangkaian televisyen BBC baru-baru ini.

Mingguan Malaysia memetik pemimpin Pembangkang sebagai berkata semasa temubual bersama BBC itu, undang-undang dan hak-hak homoseksual di Malaysia dianggap “purba” dan “bukan berkaitan.”

Wartawan BBC telah meminta Anwar mengulas sama ada menolak idea anti diskriminasi dan hak-hak homoseksual, di mana dia telah dituduh berkata “kami perlu mengkaji semula beberapa undang-undang purba kami.”

“Kami orang Islam dan bukan Islam di Malaysia pada umumnya percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara wanita dan lelaki, tetapi kami tidak sepatutnya dilihat untuk menjadi punitif dan mempertimbangkan undang-undang purba seperti berkaitan,” kata Anwar kepada BBC.

Tetapi petikan tambahan pemimpin de facto PKR tidak dinyatakan Utusan and Berita Harian.

Anwar juga berkata Pakatan Rakyat (PR), “kami tidak menggalakkan homoseksual, dan kami tidak perlu meminta maaf untuk itu.”

Hasan berkata, jawapan Anwar semasa temuduga itu sahaja menunjukkan mengapa tekaannya terhadap pemimpin de facto PKR itu ialah “sah.”

“Tujuan saya sangat mulia, saya rasa hanya Allah akan tahu,” kata Hasan.

Dia menuduh Anwar gila kuasa, dan berkata PR gagal dalam rampasan kuasa pada 16 September, di mana Anwar telah berjanji akan berlaku pembelotan beramai-ramai dari Ahli Parlimen Barisan Nasional, terutama yang dari Sarawak dan Sabah.

“Jadi, saya atau Anwar yang gila kuasa? Saya berada di puncak kuasa sebagai satu exco, tetapi saya bersetuju untuk dikorbankan,” tambah Hasan. -TMI



Ulasan GB

TGNA berkata:

Orang yang memalukan itu dia pula dimalukan sekarang,"

Betapa benarnya perkataan TGNA tersebut. Kini masing-masing sudah mengetahui. Saiful termalu sendiri. Hassan Ali termalu sendiri. Banyak hal-hal negatif mereka terdedah tiba-tiba.

Utusan & Berita Harian - tak serik-serik dimalukan. Kes saman di mahkamah menampakkan mereka sering tewas.

Blogger-blogger UMNO akan menerima balasan lebih dasyat sedasyat fitnah yang ditaburkan terutama apabila mengada-adakan hal yang tiada seperti video seks dan sebagainya.


أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ
Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.