Jikalau macam ni punya perangai mentedarah wang rakyat macam wang mak
bapak sendiri.. memang elok pun di gelar keluarga lembu.
Selepas satu
pendedahan, satu pendedahan menunjukkan kebiadapan keluarga lembu ini
dalam memboroskan wang rakyat.
Sudahlah di anugerahkan projek yang
memang keluarga lembu tiada kemahiran, di songlap duit rakyat sesuka
hati.
Ikuti pendedahan terbaru keborosan keluarga lembu ini dalam penggunaan
kad kredit. Fuhh!! kalau SPRM mengatakan tiada bukti kukuh lagi.. ntah
lah..
NFC Malaysia : Keluarga Shahrizat Jalil Belanja RM593,500 Kad Kredit Guna Duit “Lembu” NFC?
Kalau berbelanja mengikut nafsu dan boros menggunakan kad kredit untuk kepentingan diri sendiri sehingga tergamak menggunakan wang rakyat Malaysia melalui dana NFC Malaysia, ini sudah melampaui batas. Satu demi satu pembongkaran mengenai kes isu NFC Malaysia, tetapi kami lihat semacam lambat dan lembap sahaja penyiasatan skandal penyelewengan ini. Perlu sentiasa disergah dan diperhatikan sepanjang siasatan berlangsung.
Media arus perdana di Malaysia juga kurang memberikan liputan mengenai skandal penyelewengan NFC Malaysia ini. Semacam tiada apa-apa yang serius berlaku sekarang ini. Dan pembongkaran terbaru dibuat oleh saudara Rafizi Ramli yang mendakwa terdapat penyalahgunaan dana ‘lembu’ NFC Malaysia yang telah digunakan untuk tujuan persendirian.
NFC Malaysia : Butiran Belanja Kad Kredit Ahli Keluarga Shahizat Jalil (tahun 2009)
1) Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail:
RM15,210 (purata belanja sebulan)
RM182,525 (purata belanja setahun)
2) Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh:
RM13,389 (purata belanja sebulan)
RM160,673 (purata belanja setahun)
3) Wan Izzana Fatimah Mohamad Salleh:
RM10,658 (purata belanja sebulan)
RM127,900 (purata belanja setahun)
4) Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh:
RM10,200 (purata belanja sebulan)
RM122,402 (purata belanja setahun)
Kalau dikirakan perbelanjaan kad kredit ahli keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil ini telah mencecah RM593,500. Kepada pihak polis teruskan menyiasat. Sekarang ini Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sedang bercuti rehat selama tiga minggu.
Lagi satu yang menjadi persoalan kami sekarang mengenai tindakan bekukan aset NFC kerana kerajaan masih tidak memaklumkan lagi apa yang dibekukan sebenarnya, bagaimana ia dibeku dan atas permohonan siapa dan bawah undang-undang apa ianya dibekukan.
Dalam pada masa yang sama, NFC Malaysia berani memberikan kenyataan perniagaan mereka masih lagi berjalan seperti biasa. Macam mana itu?
~beritsemasa
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.