Followers

Tuesday, October 4, 2011

Belanjawan sejahtera Pakatan: Permit teksi terus kepada pemandu - Written by Malaysia Chronicle

Pakatan Rakyat menjanjikan akan memberikan lesen dan permit teksi terus kepada pemandu teksi dan tidak lagi secara konsesi sebagaimana yang diamalkan sekarang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan belanjawan 2012 Pakatan Rakyat berkata, kerajaan Pakatan juga akan mengesyorkan gaji minima RM1,100.


Di samping itu, elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan akan diberikan sebagaimana yang dijanjikan dalam Buku Jingga sebelum ini.


Anwar juga berkata, Perdana Menteri Pakatan Rakyat tidak akan memegang jawatan Menteri Kewangan.


Anwar membentangkan cadangan Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat tiga hari sebelum Perdana Menteri mengumumkan belanjawan 2011 Jumaat ini.
Belanjawan ini dinamakan Belanjawan Sejahtera Pakatan Rakyat manakala 

Datuk Seri Najib pula dilaporkan akan membentang satu belanjawan untuk meringankan bebanan penduduk kampung Jumaat ini.


Anwar membentangkan belanjawan ini di Bilik Taklimat, Aras 2, Bangunan Utama, Parlimen Malaysia mulai jam 1.30 tengahari tadi.


Turut serta adalah pemimpin kanan Pakatan Rakyat di samping para wartawan dan pegawai kerajaan.


- Harakahdaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.