Followers

Thursday, October 27, 2011

Anugerah Pahlawan Pribumi Perkasa pasai belasah orang dalam lokap?


mStar melaporkan:
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd. Noor pada Rabu menerima anugerah Pahlawan Pribumi Perkasa di atas sumbangan beliau dalam mempertahankan keselamatan negara dan memartabatkan institusi kepolisan di Malaysia.
 
Ia merupakan anugerah tertinggi Perkasa dan pernah dianugerahkan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Allahyarham Jeneral Tun Ibrahim Ismail. - mStar.
Blog photo blogging lensahp ada tulis:
Takdak dah jasa mamat ni yang lebih besar dan bagi kesan yang hebat selain dari aksi dia belasah bekas TPM dalam lokap polis dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari. - lensahp.
Memang pun itulah sumbangan terbesar Rahim Nor sebagai Ketua Polis Negara masa tu. Tah dia jadi penchachai kepada sapa sanpai sanggup belasah Anwar Ibrahim macam tu punya teruk sampai terbaring pengsan dalam lokap, mata lebab dan terpaksa buat pembedahan betulkan tulang belakang.


Ada yang kata dia siap buat flying kick.

Tapi, bila difikirkan balik, memang sesuai sangat anugerah tu dibagi kat orang macam tu oleh PERKASA pasai pemimpin dan ahli PERKASA pun memang sepesis macam tu jugak, kaki pukul orang, ganggu program orang tapi sebenarnya penakut. Memang sesuai dengan Rahim Nor yang cuma berani belasah orang yang mata ditutup dan tangan digari.

Portal PERKASA pulak melaporkan:
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor membidas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang menyifatkan komunis yang menyerang pasukan keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 merupakan hero sebenar.”Ini bukan serangan secara peribadi tetapi saya membidas pandangannya berhubung peristiwa Bukit Kepong. Beliau tidak ubah seperti penglipur lara kerana tidak suka membaca,” katanya ketika berucap pada Persidangan Agung Tahunan Kali Kedua Perkasa di Dewan Centrum, Taman Setiawangsa di sini.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menerima kecaman daripada pelbagai pihak kerana menganggap pengganas dalam Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaysia (PKM) yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis serta keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

Sehubungan itu, Abdul Rahim menafikan dakwaan Mat Sabu bahawa polis yang bekerja dengan British sebagai pengkhianat.

“Polis bukan menentang PKM dan pemimpin kiri Melayu yang tidak berjuang menuntut kemerdekaan tetapi mereka yang bersetuju untuk menubuhkan Republik Rakyat Malaya. - PERKASA
Tak payah la kalih ke cerita 'Republik Rakyat Malaya' pulak, tak kemananya pun, pasainya pi mai, pi mai, balik kepada fakta yang soheh. Memang dah sah-sah polis masa tu bekerja dan dibayar gaji oleh British dan British adalah PENJAJAH. Titik..

Berkaitan



source: http://cenangau.blogspot.com/2011/10/anugerah-pahlawan-pribumi-perkasa-pasai.html#ixzz1byY4CqfA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.