Followers

Monday, August 8, 2011

Pertukaran saham: Satu lagi monopoli baru? - Hazlan Zakaria & Lee Way Loon


Ahli parlimen pembangkang membidas rancangan pertukaran saham di antara MAS-AirAsia yang didakwa akan melahirkan satu lagi bentuk monopoli yang bakal menyebabkan kualiti pengangkutan udara rakyat Malaysia terus terjerumus.

pakatan pc on spr ban pondok panas 280409 dzulkefly ahmad"Ia mewujudkan monopoli ataupun sekurang-kurangnya oligarki. Monopoli adalah penghalang utama tunggal dalam proses pembaharuan ekonomi Malaysia,” kata ketua jabatan penyelidikan PAS Dzulkefly Ahmad (kanan).

Katanya, monopoli sebenarnya menyaksikan kekayaan dihalakan ke tangan segelintir mereka yang dipilih. Oleh kerana kekurangan persaingan yang adil, monopoli tidak menghiraukan usaha bagi memperbaiki kualiti produk atau perkhidmatan mereka.

Dzulkefly berkata antara contoh 'monopoli' yang wujud sekarang adalah seperti cengkaman Media Prima ke atas media elektronik terestrial, penguasaan TM ke atas infrastruktur internet dan juga monopoli ke atas gula, beras dan tepung yang diberikan kepada 'kroni' kerajaan.

"Persaingan adil dalam industri penerbangan akan mewujudkan persekitaran yang lebih baik dan memberi manfaat,” katanya.

NONEPandangannya juga dikongsi bersama oleh setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

Katanya, rancangan pertukaran saham itu mengimbaunya kembali pada tahun sebelum 1999 ketika negara hanya mempunyai satu syarikat penerbangan.

"Ia hanya boleh menyaksikan pengguna yang akan rugi,” kata Pua.

Menurutnya, pertukaran saham itu akan mengurangkan daya saing penerbangan udara Malaysia.

"Tony Fernandes (CEO Air-Asia) tidak akan bersaing sengit dengan syarikat penerbangan negara - ini umpama cubaan bunuh dirinya sendiri - ini kerana beliau akan memiliki kira-kira 20 peratus saham,” kata Pua yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara dan mendapat didikan ekonomi dari Universiti Oxford.

Sementara itu, AFP melamporkan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd akan cuba mendapatkan kawalan pengurusan jika perjanjian pertukaran saham kedua-dua syarikat itu menjadi kenyataan.

azlanUrus niaga kedua-dua syarikat penerbangan itu digantung hari ini berikutan laporan akhbar hari ini bahawa pertukaran itu akan menyaksikan AirAsia memiliki 20 peratus pegangan dalam Malaysia Airlines.

Memetik sumber dalamam industri berkenaan, berkata kawalan pengurusan adalah syarat utama rundingan berkenaan yang bertujuan membantu Malaysia Airlines yang kini bergelut supaya tidak rugi.

Pengumuman rancangan itu dijangka dibuat seawal esok, kata pegawai dalam industri penerbangan itu sambil menambah pegangan saham sehingga 30 peratus mungkin ditawarkan.

tony fernandes airasia jetstar deal

AirAsia dikendalikan oleh jutawan Tan Sri Tony Fernandes, yang membeli syarikat penerbangan berkaitan kerajaan lebih sedkad yang lalu ketika ia bergelut untuk melakukan impak.

Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.