[Kosmo] SINGAPURA - Harga minyak mentah jatuh dengan berada di bawah paras AS$84 setong (RM253.38) di Asia semalam selepas agensi kewangan Standard & Poor menurunkan penarafan hutang Amerika Syarikat (AS) daripada tahap cemerlang AAA kepada AA+.
Penurunan penarafan hutang itu menjejaskan pertumbuhan ekonomi global termasuk permintaan untuk minyak mentah.
Perkembangan tersebut menyebabkan harga minyak global merudum.
Para pelabur kini bimbang keputusan Standard & Poor menurunkan nilai kredit AS itu akan turut melemahkan keyakinan pengguna.
Harga minyak mentah terus menurun daripada AS$100 (RM301) setong pada bulan lalu dan hampir AS$115 (RM346) pada Mei lepas.
"Sentimen lemah pelabur menyebabkan harga minyak menjunam diikuti kebimbangan hutang negara yang meningkat di AS dan Eropah," kata firma Barclays Capital dalam laporannya. - AP
P/s: Apabila harga minyak dunia naik, kepekaan kerajaan memang luar biasa. Oleh itu, kita mengharapkan kepekaan dan keprihatinan kerajaan tidak hilang entah ke mana pada waktu harga minyak dunia jatuh.
duniacacamarba
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.