Followers

Monday, April 25, 2011

Qazaf : Menjawab Fitnah - Dari ABIM Selangor


Buku ini menghimpunkan karya tokoh-tokoh ulama Islam semasa tentang hukum Qazaf dan bahaya Budaya Fitnah yang berleluasa sekarang. Sejak tahun 1990-an hingga ke hari ini, fitnah seakan-akan menjadi santapan masyarakat. 

Media arus perdana samada tv dan akhbar mahupun media baru – blog, facebook, twitter dan seumpamanya seolah-olah bersaing menyebarkan versi fitnah masing-masing.

Zaman ini seakan-akan membenarkan andaian penyair Indonesia, Rangga Warsita (dibaca Ronggo Warsito) yang memperkenalkan istilah Zaman Edan! 
(zaman gila), apabila fitnah dibenarkan berleluasa menyebarkan keburukan sesiap sahaja, apa lagi musuh politik masing-masing. Kebenaran sukar dipastikan, bahkan diselewengkan dengan pelbagai cara.


Qazaf atau perbuatan menuduh zina atau liwat kepada seorang berakhlak mulia, apa lagi terhadap pemimpin yang selama ini dilihat bersih amat tidak munasabah. Qazaf adalah sebahagian daripada Hukum Jinayat Islam yang amat ketat prosedurnya kerana Allah S.W.T. sendiri menetapkan di dalam al-Qur’an yang bermaksud:


“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) 80 kali sebatan. Dan janganlah kamu menerima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik’


Bagi menjelaskan hukum qazaf dalam konteks undang-undang Islam, tokoh-tokoh ulama kotemporari berganding bahu mengeluarkan fatwa dan pandangan tentang perbuatan menyebarkan fitnah di kalangan umat Islam di negara ini.


Tulisan Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Sheikh Dr. Wahbah al-Zulhayli, Sheikh Dr. Taha Jabir al-Alwani, Dr. Halim El-Muhammady, Ustaz Rivai Batubara, dan pendirian bersama ABIM-WADAH-PKPIM dihimpunkan dalam buku ini untuk tujuan tersebut. Pandangan ini bukan sahaja untuk berusaha untuk menjawab isu fitnah, tetapi juga menjelaskan fakta hukum Qazaf sebagai rujukan umat Islam.Demi kebenaran dan keadilan, umat Islam Malaysia patut membaca buku ini supaya tidak terjebak dalam dosa besar kerana menyebarkan fitnah.


Untuk mendapatkan buku ini, sila Hubungi Kami di Talian : 019363694 / 0355118994 / 0173759080

sumber: anwaribrahimblog.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.