Sering dahaga? Walaupun sudah banyak minum air putih tetapi cepat merasa dahaga lagi? Gantilah air putih dengan teh tawar. Teh bukan sekadar menghilangkan rasa dahaga lebih lama dari air putih tetapi juga punya sejumlah khasiat hebat!
Teh atau camelia sinensis yang sejak ribuan tahun silam dikenali di China sebagai penawar dahaga mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Laporan kajian yang baru saja dikeluarkan oleh European Journal of Clinical Nutrition mengatakan teh bukan sekadar menghilangkan dahaga lebih lama tetapi juga mempunyai khasiat baik untuk kesihatan.
"Minum teh lebih baik dibandingkan minum air, ini kerana teh tidak sekadar menggantikan cairan tubuh sebagai penghilang rasa dahaga, tetapi ia juga memiliki kandungan antioksidan yang baik untuk tubuh", demikan kata Dr Carrie Ruxton, ahli pemakanan dan penulis kajian, seperti dilaporkan BBC.
Antioksidan dalam daun teh berupa flavonoid yang meresap bebas di dalam tubuh sehingga tubuh tetap sihat. Sedangkan turut mengandungi antioksidan lain seperti tannin, polyphenols dan catechin. Penelitian-penelitian pakar ahli kesihatan lain juga menyokong khasiat hebat teh untuk kesihatan.
Flavonoid dapat mengurangkan kerosakan sel dalam tubuh kerana aktiviti seharian. Pakar juga percaya ia membantu untuk mengelakkan serangan jantung dan beberapa jenis kanser.
Mereka menemui bukti bahawa minum 3-4 cawan teh sehari dapat mengurangkan kemungkinan terkena serangan jantung. Beberapa studi menyatakan teh boleh melindungi tubuh dari kanser, meskipun penelitian kesan ini masih kurang jelas.
Selain itu teh juga memberi perlindungan terhadap plak gigi,kerosakan gigi dan menguatkan tulang. British Nutrition Foundation menggalakkan minum teh tawar sekitar 1.5 sehingga 2 liter sehari. Sedangkan penelitian juga menunjukkan bahawa dengan minum teh 1-6 cawan sehari, termasuk teh hitam, dapat meningkatkan tahap antioksidan.
Namun, ada juga beberapa bukti bahawa teh dapat mencegah penyerapan zat besi dari makanan, sehingga mereka yang berisiko menderita anemia diusulkan untuk tidak minum teh setelah makan.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.