KUANTAN, 23 April - Penduduk di bandar ini dijangka pasti akan terus teraniya dengan taktik dan permainan licik jika mereka berdiam diri dan tidak membantah projek Lynas di Gebeng ini.
Ia berikutan banyak maklumat terbaru kini telah berjaya dibongkarkan bagi membuktikan projek tersebut memang tidak "Kerajaan Malaysia""relevan" untuk diteruskan.
Hasrat kerajaan untuk melantik panel bebas bagi mengkaji projek ini adalah satu usaha "sia-sia" yang dijangka akan memerangkap rakyat itu sendiri. Kita tidak tahu siapakah pakar yang akan terlibat dan berapa banyak wang yang akan memperolehi. Dalam keadaan sekarang, Lynas dan Kerajaan Malaysia boleh membayar sesiapa sahaja untuk menjadi pakar bagi menyokong projek tersebut.
Sedangkan dalam masa yang sama rakyat mahu projek itu dibatalkan. Soalnya, apakah kerajaan berani membatalkan projek berkenaan selepas mereka sendiri melihat "keuntungannya di kemudian hari". Justeru itu juga kita tidak hairan kerajaan menawarkan "Tax Holidays", dengan tidak mengenakan cukai selama 12 tahun kepada Lynas.
Agenda tersembunyi mereka sudah pun kami dedahkan dalam artikel terdahulu. Cuma kali ini kami mahu dedahkan pula tentang bahaya "radioaktif" yang akan dihadapi oleh rakyat Kuantan rupanya bukan sahaja dari bahan mentah "rare earth" yang dibawa khas dari Mount Weld, Australia. Rupanya, Lynas juga akan memunggah "rare earth" dari negara Malawi untuk diproses di Gebeng.
Rare Earth Malawi Juga Akan Di Bawa Ke Gebeng
Malawi, sebuah negara di benua Afrika telah memberikan lesen kepada Lynas untuk menggali nadir bumi di negara mereka. Grain Malunga (foto), Menteri Sumber Negara Malawi menyatakan bahawa Lynas adalah satu-satunya syarikat yang telah diberikan lesen untuk menggali dan melombong nadir bumi.
Rare Earth Malawi Juga Akan Di Bawa Ke Gebeng
Malawi, sebuah negara di benua Afrika telah memberikan lesen kepada Lynas untuk menggali nadir bumi di negara mereka. Grain Malunga (foto), Menteri Sumber Negara Malawi menyatakan bahawa Lynas adalah satu-satunya syarikat yang telah diberikan lesen untuk menggali dan melombong nadir bumi.
Malunga juga menyatakan bahawa Malawi tidak mempunyai kepakaran mahupun kemampuan untuk membina loji pemprosesan nadir bumi. Nadir bumi yang di lombong di Malawi akan di hantar ke Kilang Lynas di Gebeng Kuantan untuk diproses sebelum dijual dipasaran antarabangsa.
Perlombongan dan pemprosesan akan dilakukan sepenuhnya oleh Lynas. Lynas akan melakukan sedaya mungkin untuk melawan eksploitasi China dalam penjualan nadir bumi yang telah diproses.Ini bermakna bahaya yang bakal menimpa rakyat kini semakin besar dan lebih menggerunkan. Ternyata kini, projek tersebut wajar dibatalkan demi keselamatan. Rakyat tidak mahu lagi sebarang alasan dari pihak kerajaan bagi meneruskan projek itu.
[Dengan maklumat terbaru ini, bermakna sisa buangan radioaktif Thorium yang bakal dikeluarkan adalah lebih tinggi daripada apa yang dijangka. Maknanya, kenyataan kononnya sisa tersebut selamat hanya berdasarkan kepada bahan rare earth dari negara Australia ternyata meleset apabila Lynas juga mengikat perjanjian untuk membawa masuk bahan terbabit dari negara Malawi.
Kerajaan tidak boleh lagi menipu rakyat dalam hal ini. Kebenaran akhirnya akan terbongkar jua. Maklumat terkini diterima mengatakan kini "raw meterial rare earth" dari Mount Weld Australia sudah pun tiba di Pelabuhan Kuantan (Tg.Gelang).
Jika benar dakwaan ini, maka kenapa kerajaan membenarkannya. Sedangkan mereka mengatakan Lynas tidak akan mendapat lesen pra operasi jika tidak menepati syarat yang ditetapkan. Ini membukti mereka hanya mengaburi mata rakyat, sedangkan projek tersebut 200% akan diteruskan tanpa sebarang sekatan. Untung besar yang lebih diutamakan daripada keselamatan rakyat. Maka itulah rakyat perlu bangkit untuk membantah!].
Eksklusif: 'Rahsia' Terbongkar, Patutlah Kerajaan Malaysia Beriya-Iya Pertahankan Lynas, Rupanya Mereka Ada Projek Besar Daripada Sisa Radioaktif
Keputusan Kerajaan Malaysia mengarahkan satu panel bebas akan ditubuhkan secepat mungkin bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan loji itu bagi menolak kebimbangan orang ramai bahawa ia menimbulkan ancaman radioaktif.
Kajian itu dijangka siap dalam tempoh sebulan dan lima hingga tujuh pakar antarabangsa yang diperakui dalam bidang radiasi akan dilantik menganggotai panel itu. Difahamkan sementara menunggu keputusan kerajaan, tiada lesen praoperasi akan dikeluarkan kepada Lynas oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB). Keputusan tersebut nampaknya sungguh menggembirakan Lynas Malaysia Sdn Bhd.
Sementara itu, Mashal Ahmad selaku CEO Lynas Malaysia Sdn Bhd berkata kajian semula panel bebas terhadap kilang "rare earth" di Gebeng akan membantu menangani kebimbangan orang ramai terhadap aspek kesihatan, keselamatan dan alam sekitar berhubung projek itu. Lynas yakin kajian itu akan mengesahkan semula yang kilang itu selamat dan tidak membahayakan kepada komuniti atau pekerja mereka.
Syarikat itu juga berharap kajian akan siap dalam masa sebulan dan dipercayai tidak akan memberi kesan dengan jangkaan tarikh siap projek itu. Lynas kononnya akan terus bekerja dengan pihak berkuasa Malaysia termasuk Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan pembinaan projek terus memenuhi semua keperluan dan mematuhi standard antarabangsa kata kenyataan terbabit.
Soalnya sekarang, apakah semua ini selesai dengan tindakan kerajaan ini?. Siapakah pakar bebas yang dimaksudkan itu?
Atau mungkin juga pakar itu ditawarkan oleh pihak Lynas sendiri. Jika ini berlaku, apakah panel bebas itu boleh telus dan adil untuk rakyat?. Bagaimana pula jika semua pakar itu telah "dibeli" oleh Lynas supaya mengeluarkan kenyataan yang menyokong projek syarikat berkenaan.
Semua ini adalah satu "berita malang" buat rakyat Kuantan sebenarnya. Justeru itu kami cuba menyiasat, kenapakah Kerajaan Malaysia beriya-iya masih mahu mempertahankan projek berisiko ini tanpa mahu mengambilkira hati dan perasaan rakyat. Malah, kita juga hairan kenapa Kerajaan Negeri Pahang sendiri seolah-olah tidak mempunyai kuasa untuk menghalang malah memberikan berbagai alasan untuk mempertahankan projek tersebut.
Maka, akhirnya barulah ditemui "rahsia besar" kenapa projek Lynas ini mesti diteruskan. Rakyat membantah kerana "Thorium" iaitu siasa buangan beradioaktif yang bakal terhasil daripada bahan mentah "rare earth". Rupa-rupanya, mereka "makan dua kali", dan ini bukanlah cerita dongeng tetapi berasaskan fakta dan kebenaran.
Ia bersumberkan kepada beberapa penemuan penting oleh seorang pakar dalam bidang berkaitan ialah Dr.Carlo Rubbia. Rupanya bahan itulah yang paling berharga kerana ia boleh digunakan untuk tenaga.
Malah kajian Dr.Carlo mendapati satu tan Thorium boleh menggantikan 200 tan Uranium dan 3.5 juta tan Arang Batu. Bukankah ini cukup menakjubkan sebenarnya. Ikuti pendedahan eksklusif kami tentang isu ini.
Thorium Akan Jadi Mineral Penting Loji Nuklear
Isu Lynas: Kenyataan Mustapa Mohamed Untuk Tubuhkan Panel 'Pakar Luar Negara' Sudah Pun Terlambat, Rakyat Mahu Projek Itu Di Batalkan !
KUANTAN, 22 April - Kenyataan yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Mustapa Mohamed hari ini, bahawa sebuah panel antarabangsa yang terdiri daripada “pakar luar negara” akan ditubuhkan bagi menjalankan kajian menyeluruh berhubung keselamatan pusat pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, adalah sesuatu yang penuh "simbolik untuk memperdayakan rakyat" sebenarnya.
Panel yang kononnya dibentuk “secepat mungkin” dan dijangka membentangkan laporannya kira-kira sebulan dari tarikh penubuhannya.
Sehingga panel berkenaan membentangkan laporannya, Mustapa berkata kerajaan tidak akan mengeluarkan apa-apa lesen pra-operasi kepada Lynas. Soalnya sekarang, siapakah panel pakar dan berkecuali dan dari luar negara yang akan menganggotainya nanti?.
Lebih-lebih lagi panel ini hanya akan bagi cadangan untuk memperbaiki kelemahan dalam operasi loji kelak. Tapi selepas loji beroperasi kalau berlaku apa-apa tragedi apakah ahli panel ini akan bertanggungjawab?. Mereka semua sudah pasti akan melepaskan diri daripada "bala yang menimpa".
Rakyat Kuantan akhirnya yang akan menanggung derita. Apakah ini adil untuk rakyat?. Inilah yang memusykilkan mereka sebenarnya. Mereka tertanya-tanya, kenapa selepas mendapat bantahan rakyat baru kerajaan mahu mendapatkan panel luar negara untuk mengkaji?. Kenapa ketika permohonan Lynas untuk membuka kilang mereka di Gebeng dulu mereka tidak mengkaji sedalam-dalamnya.
Kenapa "bantahan awam" tidak dibuat ketika itu, untuk menilai sama ada rakyat bersetuju atau tidak kilang itu di didirikan di kawasan ini. Malah, lebih memalukan Kerajaan Negeri Pahang sendiri telah membatalkan semua taklimat awam akibat tidak mahu berhadapan dengan bantahan rakyat terhadap projek berisiko ini.
[Kerajaan Negeri Pahang dan MITI kini sibuk mencari jalan untuk mempermainkan maruah rakyat Kuantan.
[Kerajaan Negeri Pahang dan MITI kini sibuk mencari jalan untuk mempermainkan maruah rakyat Kuantan.
MITI begitu mudah memberi perlepasan cukai 12 tahun kepada Lynas sedangkan mereka tahu syarikat itu membawa masuk bahan mentah yang mempunyai sisa buangan radiaoaktif, bair pun kadarnya rendah. Mustapa Mohamed tidak perlu berlagak untuk menjadi hero dalam isu ini. Kesilapan telah bermula sejak dari awal lagi, iaitu ketika perancangan projek ini untuk di bawa masuk ke Pahang.
Mereka perlu kaji kenapa Kerajaan Negeri Terengganu menolak projek itu di Teluk Kalong, Kemaman?. Bukankah, ini menunjukkan Kerajaan Negeri Pahang gagal mendahulukan rakyat dalam membawa masuk perlaburan berisiko seperti ini. Malah, tindakan ini jelas mengecewakan sebahagian besar rakyat yang mahu dibatalkan.
Mustapa hanya menyebut panel untuk mengkaji, siapakah yang jadi pakar untuk sertai panel itu. Apakah mereka benar-benar pakar? Atau pakar yang diupah oleh Lynas untuk mengaburi mata rakyat Pahang. Ayuh, persetankan alasan mereka kerana kita tiada kepentingan atas projek ini].
Panas: Isu Lynas, MB 'Terpaksa' Buat Pertemuan Sulit Dengan 'Pemilik Kilang Gebeng' Untuk Atur Strategi Baru Bagi Menghalang Bantahan Rakyat
KUANTAN, 22 April - Akibat gusar dengan kebangkitan suara rakyat menolak Lynas, maka difahamkan satu pertemuan sulit telah diadakan oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto), dengan beberapa orang pengurus dan pemilik kilang-kilang di kawasan perindustrian Gebeng malam tadi.
Menurut sumber, pertemuan diadakan untuk menerangkan kepada pemilik kilang terbabit tentang situasi sebenar isu Lynas sekarang ini. Malahan terdapat laporan "dalaman" mengatakan Adnan dalam keadaan terdesak sekarang. Bantahan rakyat terhadap projek Lynas menyebabkan beliau tidak dapat tidur lena.
Lantaran itu beliau terpaksa merayu kepada pemilik kilang-kilang terbabit agar mengajak lebih 28,000 kakitangan mereka menyatakan sokongan terhadap projek berkenaan. Dengan alasan jika Lynas membawa bahaya, sudah pastilah mereka yang bekerja di situ akan mendapat impak terawal radiasi tersebut.
Sebelum ini Adnan dengan lantang mempertikaikan bantahan rakyat terhadap isu berkenaan. Malah beliau telah mengugut akan menutup semua kilang-kilang di Gebeng sekiranya bantahan terhadap Lynas diteruskan atau pun kilang itu sendiri ditutup. Beliau menyamakan kononnya kilang-kilang lain juga menghasilkan radiasi bukan sahaja Lynas.
Itulah alasan dangkal seorang Menteri Besar Pahang yang bernama Adnan Yaakob. Mentaliti dan tahap pemikirannya mengalahkan "budak-budak tadika". Beliau langsung tidak boleh berfikir secara rasional kenapa rakyat membantah kilang berkenaan didirikan di kawasan terbabit.
Apapun, kita tunggu maklumat terkini hasil pertemuan sulit berkenaan. Apakah ada strategi baru yang mahu dibuat oleh Adnan dalam usaha beliau untuk menghalang bantahan rakyat.
[Adnan harus ingat bahawa kilang-kilang lain yang terdapat di Gebeng memang menghasilkan tahap radiasi juga. Namun, kilang berkenaan bukannya membawa masuk bahan mentah yang mempunyai sisa buangan radiaoaktif seperti "rare earth".
Jika Kerajaan Australia sendiri tidak mahu kilang memproses bahan terbabit didirikan di negara mereka, maka apakah kewajaran Adnan selaku Menteri Besar membenarkan ia didirikan di dalam negeri Pahang. Adnan tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak sekarang, seolah-olah dia tidak tahu apa-apa tentang kelulusan projek itu.
Sedangkan sebelum ini dia sendiri mengaku menyokong Lynas selepas mendapat pandangan daripada pihak terbabit bahawa radioaktif yang dikeluarkan oleh kilang terbabit adalah dengan kadar yang rendah, tidak berbahaya dan selamat untuk rakyat. Persoalannya, mungkin sekarang ia selamat tetapi bagaimana pula pada masa akan datang. Ketika itu Adnan bukan lagi Menteri Besar Pahang. Apakah beliau mahu bertanggungjawab atas kebenaran ini?.
Memang kadar radiasinya miniman, namum apabila dihimpun begitu lama bukankah ia akan meningkat dengan mendadak dan membahayakan rakyat. Adnan harus sedar tangungjawab beliau sebagai Menteri Besar. Jangan bertindak bodoh dan sanggup memperjudikan nasib rakyat dengan pelaburan berisiko ini].
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.