Followers

Sunday, April 24, 2011

"Terima Kasih Rakyat Selangor" - Khalid Ibrahim - Artikel Oleh TVS

KLANG: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kejayaan dan pencapaian yang dicapai sehingga kini adalah hasil kerjasama dua pihak antara pemimpin dan anggota masyarakat.  Saya sangat berbesar hati kerana saya rasa tuan-tuan dan puan-puan telah nampak bagaimana pasukan yang telah kita lahirkan iaitu pasukan wakil-wakil rakyat dan wakil negeri yang kesemua dalam ceramah-ceramah yang diberikan sangat-sangat berjiwa rakyat," kata Khalid.

Tambahnya lagi, budaya kerja kerajaan negeri yang sentiasa komited dalam urus tadbir terutamanya dalam memastikan segala hasil negeri dapat diagihkan untuk kebajikan rakyat adalah kunci kejayaan yang dicapai hari ini.

“Mereka mula merasakan rancangan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ini skim merakyatkan ekonomi adalah benar-benar untuk rakyat," tambahnya.

Tambah Khalid, kejayaan yang diraih berikutan barisan kepemimpinan yang dipilih rakyat itu menjalankan tanggungjawab dengan betul dan amanah.

“Terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah memilih mereka,” katanya.

Khalid berkata demikian ketika berucap dalam ceramah perdana bersama rakyat di daerah Klang semalam.

Malah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan Pakatan Rakyat sejak mula mentadbir kerajaan negeri tiga tahun lalu ternyata berhasil apabila hampir keseluruhan rakyat di negeri ini mendapat agihan dana dan bantuan daripada program berkenaan.

“Kita tidak membezakan mereka yang perlu ditolong adalah tanggungjawab kita untuk memberikan pertolongan.

Sebagai rekod, lebih 27 ribu telah menerima bantuan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dengan belanja melebihi RM2 juta.

Selain itu, komitmen kerjaan negeri juga dalam menjada kebajikan rakyatnya juga dapat dilihat apabila 60 peratu daripada 236 ribu warga emas telah berjaya didaftarkan menerusi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di mana lebih 16,000 orang telah mendapat bantuan.

Turut menjadi perhatian masalah projek perumahan terbengkalai di Selangor turut dirungkai dan setakat ini kerajaan negeri berjaya menyelesaikan 23 projek terbengkalai melibatkan lebih 9,000 unit rumah dan 7 projek lagi melibatkan hampir 4,000 unit rumah sedang diselesaikan.

Terbaru, pemerikasaan mammogram percuma dilancarkan untuk kesihatan wanita adan sejak pengenalannya, seramai 3,000 wanita telah menggunakannya dan 41 orang dikesan berkemungkinan menghidap kanser payudara.-/ TVS

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.