Followers

Sunday, March 27, 2011

Parti Ketuanan Melayu Menjatuh Maruah Melayu Oleh: Iqbal

Rasanya macam tak sanggup lagi nak ikut perkembangan politik tanahair. Marah dan kecewa yang amat sangat terbuku dihati. Kadang2 tertanya juga pada diri sendiri, apakah politik begini rupa ?

Namun oleh kerana kemarahan dan kebencian yang meluap-luap didalam dada mendorong aku memberi penjelasan dan penerangan kepada individu2 yang ku kira masih lagi rasional pertimbangan mereka. Disamping itu doa yang tidak putus2 ku panjatkan kepada ALLAH agar segera menurun bantuan dalam menghadapi parti melayu yang tidak bermoral ini.

Sewaktu peristiwa 1998 berlaku , waktu itu kita tidak terfikir bahwa orang melayu tergamak melakukan konspirasi seburuk itu. Bayangkan cerita seks dipaparkan dalam akhbar2 yang ianya boleh dibaca oleh para remja malah budak bawah umur.

Melayu yang mendalangi konspirasi waktu tidak memikirkan langsung tentang maruah Melayu sedang mereka tahu negara ini berbilang bangsa penduduknya. Tapi difikirkan seks ala itu saja yang diyakini berkesan memberi pukulan maut kepada lawan maka ianya dilaksanakan. Sudah pasti waktu kita ditertawakan oleh bangsa lain. Tentu sekali waktu itu kita diperlekehkan oleh kaum2 lain.

Anehnya orang2 yang berada didalam parti ini juga berarak kesana kemari membawa panji2 ketuanan melayu. Mereka yang sebenarnya memalukan melayu tetapi bangsa lain dikambing hitamkan.

Beberapa hari lepas sekali melayu dari parti melayu terbesar didunia memalukan bangsa melyu. Dalam mereka kononnya nak dedahkan akhlak musuh politik mereka , tanpa mereka sedari kesan yang lebih besar telah menimpa bangsa melayu. Lebih2 yang didedahkan itu adalah fitnah belaka.

Melayu dari parti melayu memang tidak mengendahkan peringatandan amaran ALLAH. Agaknya mereka rasa mereka tiak akan mati. Wajar MAZ mengajak masyarakat agar menolak parti yang suka menyelak kain orang.

Maka sebab itu moral pembawa cerita lucah ini sebenarnya sangat rendah. Dan ia sebenarnya mencerminkan peribadi dan kegiatan mereka. Mana mungkin orang yang baik sanggup melakukan fitnah seburuk ini.

DOA KITA :

YA ALLAH SEGERAKAN LAH KAU MUSNAHKAN PEMBAWA FITNAH SERTA PARTINYA SEBAGAIMAN KAU MUSNAH KEKUASAAN HOSNI MUBARAK DENGAN SEKELIP MATA.

YA , MEREKA ADA PDRM , ADA SPR, ADA SPRM ,ADA PEGUAM NEGARA TAPI KAMI ADA ENGKAU YA, ALLAH.KAULAH PENENTU SEGALA-GALANYA YA, ALLAH."

sumber: shalehudin


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.