Entah apa yang tidak kena dengan seorang blogger Umno ini. Penulis pernah juga membaca beberapa tulisannya sebelum ini, yang pada hemat penulis agak berhujah berbanding penulis blog pengampu Umno yang lain. Blogger yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan adalah seseorang yang memakai nama gelaran Mummy Rokiah.
Dalam entri terbarunya yang bertajuk "Nik Aziz tidak berhak memberi komen sebelum beliau menonton video tersebut",Mummy Rokiah mempersoalkan tindakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang berasa malu mengenai penayangan secara umum video seks seorang yang dikatakan sebagai pemimpin kanan Pakatan Rakyat. Baca tulisan Mummy tersebut dibawah:
Siapa yang lebih bermoral, pelakonnya atau individu yang mendedahkannya? Nik Aziz seharusnya menonton dahulu video tersebut sebelum memberi kenyataan tentang moral seseorang pemimpin.
Risikonya jika Nik Aziz menonton dirisaukan jantung Nik Aziz tidak bersedia mengepam dengan laju dan akan mendatangkan kemudaratan kelak. Malah ada wartawan wanita yang menelan air lior geli geleman dan nak termuntah semasa dipertontonkan kepada mereka di Carcosa Seri Negara. Apapun masa akan menentukan segalanya.
Nota : Ulasan serupa turut dibuat oleh blog Umno lain termasuk Blog Sayang Umno Sampai Mati.
CATATAN PENULIS:
Berdasarkan komen-komen yang dibuat oleh para blogger Umno,amat malanglah bagi mereka yang beragama Islam,tetapi dilihat terlalu obses terhadap menyerang peribadi lawan,sehingga sanggup menolak hukum Allah ke tepi.
Kenyataan Mummy Rokiah yang menganggap Nik Aziz perlu untuk melihat sendiri video lucah terbabit seolah-olah mempersendakan golongan ulama dan orang-orang yang beragama supaya melakukan dosa kepada Allah.
Dalam perkara ini,kita semua sentiasa jelas.Baik ustaz mahupun orang biasa.Menonton video lucah itu difatwakan HARAM dalam Islam.Tidak ada seorang pun daripada mana-mana pihak yang mengatakan boleh untuk melihat sebuah video lucah.Ulasan Nik Aziz yang malu dan kecewa dalam isu tontonan video lucah bukanlah disebabkan untuk mempertahankan Anwar semata-mata seperti yang didakwa oleh mereka.
Tuan Guru bercakap atas dasar dosa pahala yang terletak pada bahu seorang individu dan pemimpin yang beragama Islam.Nik Aziz beranggapan bahawa sebagai sebuah negara majoriti umat Islam,sepatutnya tidak ada mana-mana pihak yang sanggup untuk menayangkan video seks secara terbuka!
Ini seolah-olah mengajak orang mencuri secara beramai-ramai.Dan apabila para ulama seperti Nik Aziz dan Dr.Asri menegur akan perkara ini,para penulis blog Umno yang jahil (atau dalam bahasa sopannya tidak reti) dalam agama sanggup menegakkan soal moral kononnya dalam isu video seks ini.
Bagi penulis,barang ditakdirkan Allah bahawa jika benar Anwar sekalipun yang berzina dalam video tersebut,adalah HARAM hukumnya untuk mana-mana individu melihat video terbabit,apatah lagi menghebahkan perkara itu kepada umum.Ini seolah-olah berusaha membanyakkan dosa kepada diri sendiri.
Bayangkan,jika seorang sahaja yang pernah melihat video tersebut,satu dosa sudah tertanggung atas bahu Rahim Tamby Chik.Dan jika sudah sampai berpuluh dan beratus yang menyaksikannya,berapa pikul dosa yang sedang dipikul Datuk T pada saat ini?
Jika benar Anwar berzina sekalipun,itu dosa beliau dengan Allah.Kita tidak boleh mengenakan Hudud ke atas Anwar memandangkan tiada empat saksi yang melihat kemungkaran tersebut.Di sinilah besarnya keadilan dalam Islam.Adil kepada sang tertuduh.Penulis bukanlah seorang ustaz untuk mengulas panjang dalam isu ini, tetapi penulis ingin menyedarkan lebih ramai orang yang telah meletakkan prinsip moral (kononnya) itu lebih tinggi daripada Islam itu sendiri.
Sehingga kerana moral kononnya,kita sanggup menunjukkan kejahilan kita sebagai umat Islam.Malah,ramai pula para pemimpin yang mengaku yang dia juga pernah menonton video tersebut.Mengapa perlu tonton? Untuk kepastian?
Adakah terdapat kepastian dalam kemungkaran?Jika benar Anwar itu berdosa kerana berzina,Allahlah yang akan menghukum Anwar berdosa,bukan Si fulan bin si fulan yang menyaksikan video tersebut yang menghukum Anwar itu berzina atau tidak.
Kepada semua pihak,hentikan kegilaan ini.Baik di pihak Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.Usah membodohkan diri dengan memohon suruhanjaya itu dan suruhanjaya ini.Kelak akan ada beribu-ribu umat Islam yang berdosa kerana melihat sebuah video lucah secara terang-terangan.Dan jika itu berlaku,doakan bahawa bala Allah itu jauh daripada kita.
(sumber dipetik dari blog - kamisokongpas
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.