Followers

Saturday, December 11, 2010

Najib kata Usah gadai masa depan Negara kepada pembangkang


Najib berkata pihak pembangkang tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) untuk memimpin negara ini... fuh takbur sekali ayat dia ni..

Bagaimanapun aku setuju dengan ayat ini.. "sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang hanya tahu menabur janji akhirnya akan mendatangkan musibah kepada rakyat." kerana harga minyak yang telah dijanjikan tidak akan dinaikkan telah dinaikkan.. memang menyusahkan rakyat sungguh pemimpin yang berjanji itu..

Najib: Usah gadai masa depan Negara kepada pembangkang

PEKAN, 11 Dis — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pihak pembangkang tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) untuk memimpin negara ini.

Justeru, beliau berkata rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis.

“Mereka tidak mempunyai ideologi yang didukung bersama, hanya tahu menabur janji dan mempunyai pegangan masing-masing yang terlalu longgar dalam kesepakatan politik,” katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan, di sini hari ini.


Najib berkata kepimpinan BN yang sebelum ini dikenali sebagai Perikatan, telah berjaya membawa negara mencapai kemerdekaan dan mengisi perjuangan kemederkaan selama lebih 50 tahun dan akan terus memacu negara ini menjadi sebuah negara maju.

“Janganlah mengambil risiko (menyokong pembangkang) yang akan sebabkan kita menyesal di hari muka,” katanya.

Najib berkata sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang hanya tahu menabur janji akhirnya akan mendatangkan musibah kepada rakyat.

Katanya kepimpinan BN selama ini telah berusaha gigih menunaikan segala janji yang diungkapkan dan diterjemahkan demi kepentingan rakyat dan negara.

Beliau turut berikrar akan melaksanakan pentadbirannya dengan seadil-adilnya untuk kepentingan semua kaum di negara ini.

“Saya akan pegang kepada semangat 1Malaysia, dahulukan kepentingan rakyat, Insya-Allah rakyat akan mendapat manfaat besar di bawah kepimpinan Barisan Nasional,” katanya.


Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.