Followers

Saturday, December 11, 2010

BEKAS SPEAKER YB V. SIVAKUMAR DEDAH KERUGIAN PERAK MENGUTIP ROYALTI RM52.09 JUTA ???

Gejala Kecurian Pasir Berleluasa Di Perak Bawah Umno-BN

Speaker Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Perak V Sivakumar mendedahkan kerajaan negeri Perak di bawah pentadbiran Umno-Brisan Nasional gagal menangani gejala kecurian pasir di negeri itu sehingga menyebabkan kerugian puluhan juta ringgit.

"Menurut Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009, pengeluaran pasir di negeri Perak bagi tempoh 2007 hinga 2009 adalah sebanyak 24.16 juta tan metrik yang melibatkan kutipan royalti berjumlah RM52.09 juta.

Jumlah ini adalah jumlah yang diketahui oleh pihak kerajaan. Berapa banyakkan pasir yang telah dicuri diseluruh negeri Perak tanpa pengetahuan pihak berkuasa?

"Pihak kerajaan terutamanya Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dan Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah harus memikul tanggungjawab dalam membenteras aktiviti curi pasir ini. Lebih banyak operasi perlu dilakukan oleh pihak kerajaan negeri untuk membendung kegiatan haram ini.

"Pihak kerajaan juga harus memantau jumlah dan spesifikasi pasir yang dilombong oleh pengusaha-pengusaha. Jika pihak kerajaan menangkap aktiviti perlombangan pasir yang dilakukan tanpa memenuhi syarat, tindakan tegas perlu diambil terhadap pengusaha-pengusaha yang terlibat.

Kerajaan tidak boleh membiarkan khazanah negeri dicuri oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," tegas Sivakumar yang juga Ahlki Dewan Undangan Negeri Tronoh dalam kenyataannya semalam.

Beliau berkata aktiviti pengambilan pasir secara haram yang kini berleluasa di negeri itu merupakan satu lagi fenomena yang perlu diberi perhatian serius oleh seluruh warga Perak.

Tambah Sivakumar lagi aktiviti melombong pasir ini boleh membawa pelbagai masalah kepada ekologi mahupun sosio-ekonomi.

"Ini bukan perkara yang baru dibangkitkan. Malah, perbuatan pengambilan pasir secara haram merupakan satu aktiviti yang wujud kian lama. Walau bagaimanapun tidak terdapat usaha dan ketegasan untuk membenteras aktviti ini.

"Dalam kata lain, pengambilan pasir secara haram ini bolehlah ditakrifkan sebagai ‘curi pasir’ Selagi pengambilan pasir dilakukan tanpa memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan ia haruslah dikategorikan sebagai aktiviti mencuri pasir," jelas beliau.

Beliau berkata sebelum sesuatu kelulusan diberikan untuk melombong pasir, laporan kesesuaian tanah dan laporan teknikal perlu diperolehi daripada agensi kerajaan lain yang terlibat.

Permohonan ini jelasnya akan dipertimbangkan oleh kerajaan negeri yang mempunyai bidang kuasa meluluskan permohonan lombong pasir berdasarkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedia ada.

Oleh itu, jika berlaku sebarang aktiviti perlombaongan pasir yang tidak terkawal, maka itu merupakan tanggungjawab kerajaan negeri.

"Laporan Ketua Audit Negara mengaku bahawa terdapat banyak operasi pengambilan pasir yang tidak memenuhi syarat permit dan kelemahan penguatkuasaan oleh agensi-agensi kerajaan.

"Menurut laporan itu lagi, terdapat banyak kes pelanggaran syarat yang ditetapkan tetapi tidak ada pemantauan dan penguatkuasaan yang memadai. Kita tidak boleh membiarkan kekhilafan ini terus berlanjutan di negeri Perak.

"Apakah tindakan yang diambil terhadap pihak yang melanggar syarat perlombongan yang ditetapkan.

Selagi pihak berkuasa negeri bersikap pasif menutup mata dan telinga dalam hal ini, ia akan membawa satu kesan negatif jangka panjang dari segi alam sekitar dan ketirisan hasil kerajaan negeri,"Ujar Sivakumar lagi.

Dicatat Oleh Jalan Pulang 

ULASAN :

Kah kah kah...

Habis laaa...

Kah kah kah...

Kat Selangor, teruk Pakatan Rakyat kena lanyak...

Tapi kat Perak, senyap-senyap "buat koje" kah kah kah...

Mana SPRM?? Mana PDRM??? Kah kah kah...

Patut la Pulau Pangkor pun macam kena "sumpahan Mahsuri" kah kah kah...

Kavita Singh dengan Raja Gopal taknak campur ke?? Kah kah kah...

Ke memang "tumpang sekaki" dengan malaon tu kah kah kah.../Jalan Pulang

Bekas Speaker Negeri Perak YB V. Sivakumar.

Projek Curi Pasir dari 2007 hingga 2009 ?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.