Followers

Friday, December 10, 2010

Adun bebas mesra BN didakwa tak bayar nafkah zahir isteri.??


SHAH ALAM: Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Ramizah Mazlan, 39, mendakwa terpaksa menjelaskan semua bil termasuk membeli barangan keperluan sendiri sepanjang menetap bersama suaminya, Badrul Hisham Abdullah.

Ramizah berkata demikian ketika menjawab soalan peguam syarie Mahyuddin Md Zahari dalam perbicaraan kes permohonan cerai secara fasakh terhadap Badrul, 50 (defendan) di Mahkamah Rendah Syariah, Klang, semalam.

Wanita itu memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Ia itu dibuat atas alasan defendan cuai dalam menyediakan nafkah zahir selama tiga bulan berturut-turut, menyakiti dan membuatkan plaintif menderita dan berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji.

MAHYUDDIN: Selepas nikah. Ada tidak defendan menghalang kamu berkerja?

RAMIZAH: Tiada. Halang berhenti lagi ada.

MAHYUDDIN: Kamu bekerja sehingga 2006. Jam berapa kamu keluar berkerja?

RAMIZAH: Saya keluar sebelum subuh kerana saya bekerja di Sungai Way. Balik jam 6 petang. Kalau ada kerja sehingga jam 9 malam. Saya bekerja sebagai pembantu stor. Gaji pokok terakhir adalah RM1,500. Kalau kerja lebih masa lebih RM2,000.

MAHYUDDIN: Pada masa itu defendan bekerja sebagai apa?

RAMIZAH: Dia bekerja dengan bahagian katering Mas (Penerbangan Malaysia).

MAHYUDDIN: Berapa duit yang dia (Badrul) berikan untuk membeli barang dapur.

RAMIZAH: Tiada, semua duit saya. Jika ada pun, ia tahun terdahulu (awal perkahwinan).

Perbicaraan bersambung pada 21 Februari depan.

Sumber: HM

1 comment:

  1. biar dia tanggung apa yg apa dia dah buat pada isteri dia n rakyat yg megundinya

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.