Followers

Sunday, June 27, 2010

Mahfuz terkejut beruk- Felda mahu saman Suara Keadilan


Tindakan kerajaan dan FELDA yang akan menyaman akhbar Suara Keadilan serta beberapa pemimpian PKR, pemilik permit dan Ketua Pengarang telah mengejutkan Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS.

Kononnya Kerajaan gagal memberi penjelasan isu dan memerlukan satu siasatan menyeluruh yang dikendalikan oleh suatu jawatankuasa siasatan bebas dibentuk dengan segera demi untuk menyelamat institusi FELDA yang dibangunkan atas keringat dan tulang empat kerat peneroka. Klik

AYG ; Persoalannya, dimanakah yang dikatakan FELDA dibangunkan di atas keringat dan tulang empat kerat peneroka ?

Peneroka-peneroka Felda perlu ingat sejarah, FELDA wujud hasil dari Manifesto Pilihan Raya 1955 Negeri Pahang yang telah menjadi sandaran penubuhan Rancangan Tanah Felda. (sila rujuk di sini)

Para peneroka serta generasinya perlu tahu, kalau bukan kerana UMNO serta Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein merancang untuk membangunkan rancangan tanah Felda di seluruh Negara, peneroka-peneroka Felda tidak akan dapat menikmati hidup seperti sekarang.

Para Peneroka serta generasi perlu mengimbau kembali sejarah penubuhan FELDA sebagai muhasabah diri, dengan penubuhan FELDA telah menjadi titik tolak untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu di luar bandar.

Tertubuhnya FELDA adalah untuk mengimbangkan ekonomi bangsa Melayu agar tidak wujud jurang yang berbeza di dalam masyarakat yang berbilang kaum pada waktu itu, lebih jelasnya, penubuhan organisasi FELDA telah memberi impak terhadap survival nasib bangsa Melayu dan Bumiputera dalam usaha membina status ekonomi sosial mereka.

Ekoran itu, dalam usaha memastikan kehidupan masyarakat peneroka berada dalam keadaan baik dan selesa, FELDA telah menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti sekolah, pusat kesihatan, masjid, pejabat pos, balai polis, dewan serbaguna, kompleks sukan, gelanggang futsal, surau, kuil, padang awam, stesen minyak, balai raya, klinik bidan dan banyak lagi.

FELDA juga tidak mengabaikan golongan generasi peneroka, kerana golongan ini juga merupakan golongan pelapis yang bakal mewarisi tanah bertuah ini. Bagi menentukan warisan ini tidak terbiar dengan arus perkembangan zaman, FELDA dan Kerajaan mengwujudkan Skim Tuisyen Felda (STF) untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM.

Komitmen yang diberikan, maka ramai anak-anak peneroka Felda berjaya melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi serta memiliki kerjaya bertaraf professional seperti doktor, peguam, jurutera, tokoh korporat, malah ada juga dari kalangan mereka yang menjadi wakil rakyat.

Apa yang dilihat, PAS-pakatan pembangkang sedang berusaha keras mempengaruhi masyarakat peneroka Felda, khususnya di Pahang.

Maka, muncul individu macam Mazlan Aliman yang ditugaskan menjaja cerita yang tidak benar, memburuk-burukan UMNO-BN dan FELDA untuk menagih simpati peneroka, generasi kedua peneroka agar memihak kepada PAS-pakatan pembangkang.

Generasi kedua peneroka zaman ini perlu sedar, betapa mereka semua beruntung kerana membesar serta menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh FELDA, jauh berbeza di zaman kawan (AYG) yang membesar dalam serba kekurangan semasa mula-mula ibubapa kawan (AYG) menyertai FELDA sekitar tahun-tahun 70an……..

Justeru itu, dimanakah yang dikatakan oleh Mahfuz institusi FELDA yang dibangunkan atas keringat dan tulang empat kerat peneroka ?

Apa yang jelas, kepimpinan UMNO yang telah berusaha dengan keringat serta tulang empat kerat mereka untuk mengwujudkan FELDA semata-mata membantu rakyat, khususnya bangsa Melayu-Bumiputera selaras dengan pendirian kerajaan UMNO-BN yang berpegang kepada gagasan “Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan”……..


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.