Followers

Sunday, June 27, 2010

Awal-awal lagi Najib dah bagi amaran untuk G40


http://cenangau.blogspot.com

Gambar Hiasan [Sumber:Budak Kampung]
Kalau ikut apa yang dikata oleh ketua kumpulan G40 (4) ulama' muda berpelajaran), Fadlan Mohd Othman yang masih belum habih Phd, katanya depa masuk Umno bukan untuk berpolitik tapi untuk berdakwah. Katanya depa nak gunakan ruang baru berdakwah melalui Umno.

Kalau ikut Fathul Bari Mat Jahya pulak depa masuk Umno sebab Umno sediakan ruang untuk depa berdakwah selepas hadapi macam-macam sekatan dan kekangan sebelum ni.

Belum pun sehari depa serah borang masuk Umno, dan tentunya belum pun depa mula 'berdakwah' melalui Umno ataupun berdakwah di dalam Umno, Najib Razak selaku Presiden Umno dan Pengerusi BN dah bagi amaran.

Masa bercakap di Kuantan hari ni, Bharian melaporkan Najib berkata:
Penyertaan ramai golongan ulama ke dalam UMNO tidak akan menjadikan parti itu sebagai parti yang ekstrem terhadap perjuangan Islam, kata Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata penyertaan itu membuktikan dasar perjuangan UMNO dalam menegakkan syiar Islam di negara ini diiktiraf oleh golongan berkenaan.

"Kita tidak mahu UMNO dilihat sebagai parti ekstrem. Islam sebenarnya bukan agama yang ekstrem. Jadi kita akan memperjuangkan Islam yang diterima oleh semua pihak dan umat yang terbaik adalah umat yang sederhana mengikut panduan Islam," katanya. - Bharian
Nampak macam belum sempat depa mulakan dakwah depa, Najib yang dulu 'bagi dakwah' kat depa. Najib yang dulu semacam bagi amaran kat depa.

Najib semacam nak bagi kat depa jangan suka-suka buat apa yang depa rasa depa nak buat walaupun apa yang depa nak buat tu adalah suruhan agama, jangan sampai nanti orang kata Umno sebagai parti ekstrem.

Najib semacam nak bagi kat depa jangan suka-suka cakap apa yang depa rasa depa nak cakap walaupun apa yang depa nak cakap tu adalah hukum agama, jangan sampai nanti orang kata Umno sebagai parti ekstrem.

Najib nak ingatkan depa untuk jadikan Islam Umno adalah Islam yang diterima oleh semua pihak yang mungkin termasuk pihak yang suka rasuah dan pihak yang suka judi macam Vincent Tan dan yang sewaktu dengannya.

Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam: Aku mushkil sikit, awat kelmarin yang teman G40 tu Shahidan Kasim? Mana pi menteri yg jaga agama, Ust Jamil Khair? Takkan dia geng lain kut?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.