Followers

Friday, December 11, 2015

UMNO Pulau Pinang bidas menteri suruh rakyat makan ‘nasi dengan kicap’ Faiz Zainudin


Musa-Sheikh-Fadzir_umno_gst_600

Sebagai menteri, mereka seharusnya mengeluarkan kenyataan yang munasabah untuk menjelaskan kepada rakyat berhubung kenaikan harga barang khususnya selepas perlaksanaan GST.

KUALA LUMPUR: Perwakilan UMNO Pulau Pinang kesal dengan kenyataan menteri yang bertindak mengeluarkan kenyataan tidak matang ketika memberi penjelasan kepada rakyat berhubung kenaikan harga barang khususnya selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, menteri tidak sepatutnya menyalahkan pihak perniaga apabila harga barang naik, sebaliknya perlu menggunakan kuasa yang dimiliki untuk membetulkan dan mengawal keadaan.

“Dulu Datuk (menteri) kata, ada GST barang turun, ni macam mana barang naik pula?, (kita) tanya Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, (mereka kata) oh.. nak buat macam mana perniaga naikkan harga!

“Oi!!..jadi menteri ada kuasa, gunalah kuasa, ini dia (menteri) kata harga ayam naik jangan makan ayam, harga ikan naik jangan makan ikan, harga ketam naik jangan makan ketam, harga udang naik jangan makan udang, (habis yang duduk makan) mereka di atas meja ni (menteri-menteri),” katanya semasa ucapan perbahasan presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2015 pada Khamis, yang diikuti sorakan kuat daripada perwakilan dan pemimpin tertinggi UMNO lain dalam dewan.

Tidak cukup dengan kritikan itu, beliau turut membidas kenyataan menteri yang didakwanya tidak masuk akal apabila meminta rakyat makan nasi dengan ‘kicap’ sekiranya tidak mampu membeli barangan selepas dikenakan GST.

“Kita, dia (menteri) suruh makan apa, nasi dengan toyu (kicap). Harga minyak naik (menteri jawab) tak payah naik kereta, naik kereta lembu, munasabahlah sikit kalau nak cakap pun, nak cakap dengan rakyat, biarlah munasabah,” katanya.

Jelasnya, kenyatan tidak munasabah yang dikeluarkan menteri akan memberi kesan buruk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerana gagal melantik menteri yang berfikiran matang.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.