Followers

Tuesday, December 22, 2015

Tuduh senator makan gaji buta, Ali Tinju harus minta maaf Faiz Zainudin


Muhammad-Abdul-Ghani_Ahli-Tinju_anwar_600

Anwar telah berhidmat dengan cemerlang semenjak beliau memegang jawatan pengerusi, malah telah membuat banyak perubahan kepada perasa tentera.

PETALING JAYA: Ali Baharom atau Ali Tinju perlu membuat pemohonan maaf kepada Pengerusi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Senator Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Desakan itu dibuat bekas Pengerusi Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani susulan tuduhan kononnya Anwar makan gaji buta dan tidak membela nasib bekas tentera.

“Ali Tinju perlu memohon maaf kepada Tan Sri Anwar dan perlu menghormati presiden. Malah bawa berbincang sekiranya tidak puas hati, (bukanya membuat kenyataan secara terbuka),” katanya kepada FMT.

Katanya, Anwar telah berhidmat dengan cemerlang semenjak beliau memegang jawatan pengerusi, malah telah membuat banyak perubahan untuk pesara tentera.

“Saya akui semasa saya pegang jawatan presiden dengan dia (Anwar) pegang, banyak perubahan telah dilakukan Anwar kepada pesara tentera, malah bekas tentera disini saya lihat lebih selesa. Cuma cara dia bekerja secara diam-diam.

“Saya rasa Ali Tinju tidak tahu perkembangan semasa, jadi jangan buat komen kepada seseorang tanpa bukti,” katanya.

Terdahulu, Ali Tinju mendesak Anwar supaya meletak jawatan senator kerana gagal membawa suara bekas tentera di parlimen,malah mendakwa beliau makan gaji buta.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.