Followers

Tuesday, December 22, 2015

RM9.7 juta: Azmin dibidas guna nama Istana - Faiz Zainudin FMT


Chegubard_azmin-ali_600

Pertikaian bukan mengenai siapa meluluskan projek itu tetapi pembaziran wang

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diingatkan supaya tidak menggunakan nama Istana sebagai alasan bagi meluluskan projek menaik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan bernilai RM9.7 juta itu.

Ingatan itu dibuat Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang mendakwa alasan yang diberikan Azmin itu menyerupai sikap pimpinan Barisan Nasional.

“Azmin melalui kuncu kuncunya sejak semalam menyebarkan mesej khususnya melalui aplikasi WhatsApp menyatakan bahawa projek tersebut diluluskan oleh (Tan Sri) Khalid Ibrahim (bekas menteri besar).

“(Malah) ia kehendak Sultan maka terpaksa diteruskan dan jangan khuatir dengan jumlah nilai projek kerana kerajaan negeri hanya mendahulukan wang kerajaan dan ia akan diganti kemudian dengan wang kutipan derma.

“Pertikaian saya bukan pasal siapa lulus tetapi jumlah yang membazir dan tolonglah jangan buat perangai UMNO guna nama Istana untuk berselindung,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, ahli seumur hidup PKR itu turut menyamakan kepimpinan Azmin seperti perangai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila menggunakan alasan derma bagi menutup penyelewengan yang berlaku.

“Nampaknya bukan sahaja Najib bermain dengan terma derma untuk mengaburi perlakuan, kini ada pemimpin antara kita juga berperangai sama,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencabar pihak yang terlibat supaya tampil membuat kenyataan rasmi menyatakan arahan untuk projek itu daripada pihak Istana.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.