Followers

Wednesday, December 23, 2015

Polis tolak surat makluman demo kos sara hidup FMT Reporters


showdawn

Adakah tindakan polis menyebabkan penganjur secara automatik melakukan kesalahan sekiranya tunjuk perasaan diadakan?

PETALING JAYA: Meskipun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta penganjur tunjuk perasaan supaya mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields bagaimanapun menolak surat makluman daripada jawatankuasa #ShutdownJalanDuta.

Pengerusinya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata pihaknya diminta supaya membuat serahan pada keesokan hari atas alasan ia dihantar di luar waktu pejabat.

Pihak jawatankuasa cuba membuat serahan pada jam 6.30 petang Selasa, iaitu 10 hari sebelum tunjuk perasaan bantah kenaikan kos sara hidup di Jalan Duta, Kuala Lumpur diadakan, bagi memenuhi keperluan APA.

“Alasan ini langsung tidak boleh diterima pihak jawatankuasa memandangkan Perkara 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (APA) langsung tidak menyatakan bahawa pemakluman berhubung himpunan perlu dilakukan dalam waktu pejabat!” kata Shazni dalam satu kenyataan yang diterima FMT.

Menurutnya lagi, pihaknya mendapati masih ada anggota polis di IPD Brickfields pada ketika itu.

“Tindakan berdolak-dalih begini bukan sahaja menunjukkan ketidakseriusan pihak berkuasa untuk memberikan kerjasama, bahkan kami menganggap ianya sebagai tindakan yang mahu mempermainkan pihak jawatankuasa dan rakyat yang sedia marah dengan kenaikan tol yang akan menaikkan lagi kos sara hidup untuk tahun hadapan,” tegasnya.

Shazni, yang juga Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) seraya menggesa Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya memastikan anggota pihak berkuasa polis supaya menjalankan tugas secara profesional dan adil selaras dengan Perkara 19 Akta Polis 1967.

#ShutdownJalanDuta merupakan gabungan aktivis anak muda, reformis dan mahasiswa yang merancang untuk menyambut tahun baru 2016 di perkarangan plaza tol Jalan Duta bagi membantah kenaikan kos sara hidup dibawah pentadbiran Barisan Nasional.


Demo dijadualkan bermula pada jam 9 malam, 31 Disember.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.