Followers

Saturday, December 26, 2015

Perkasa tidak perlu jadi parti politik FMT Reporters


Perkasa

Langkah itu tidak perlu kerana suara Perkasa sebagai NGO masih didengar oleh kerajaan 

PETALING JAYA: Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak perlu berdiri sebagai sebuah parti politik kerana tidak ada keperluan.

Perkara itu dinyatakan oleh Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya apabila mengatakan Perkasa mempunyai tapak dan pengaruh yang kukuh untuk kekal sebagai NGO.

Katanya, suara Perkasa sebagai NGO masih didengar oleh pihak kerajaan.

“Tidak perlu bagi Perkasa untuk bertukar kepada sebuah parti.

“Bagaimanapun ini terpulang kepada ahli-ahli Perkasa. Jika mereka mahu Perkasa menjadi sebuah parti, jadi kita akan tubuhkan parti,”katanya yang dipetik dari Sinar Harian Online.

Kelmarin, seorang pemimpin Perkasa mengeluarkan kenyataan bahawa Perkasa mungkin akan membentuk sebagai sebuah parti sekiranya Pas dan UMNO kecundang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Kenyataan tersebut dikatakan dibuat susulan UMNO yang kini mengalami pergolakan dalaman akibat krisis pemimpinnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.