Followers

Wednesday, December 2, 2015

Pengundi muda Lembah Pantai mahu ‘hukum’ Izzah Khairil Ashraf


pemuda-lembah-pantai

Izzah digesa meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai selepas bergambar dengan Puteri Sultan Sulu Jacel Kiram.

KUALA LUMPUR: Gabungan pengundi muda Lembah Pantai mendesak Nurul Izzah Anwar melepaskan jawatannya sebagai wakil rakyat di kawasan itu selepas gambar kontroversinya dengan Puteri Sultan Sulu, Jacel Kiram pada 9 November lalu.

Pengerusinya Mohd Nazri Abdul Rahman berkata, sekiranya Nurul Izzah meletakkan jawatan, pengundi muda di kawasan itu bersedia untuk ‘menghukumnya’ jika diadakan pilihan raya kecil

“Kami menyeru kepada Nurul Izzah dengan apa yang telah dibuat bersama dengan Jacel Kiram kalau dia berani, dia lepaskan jawatan wakil rakyat.

“Pengundi-pengundi muda di Lembah Pantai dah siap sedia untuk menghukum Nurul Izzah di Lembah Pantai. Jangan tunggu sampai lima tahun,” katanya pada sidang medianya di Apartment Abdullah Hukum pada Selasa.

Mohd Nazri turut mendakwa Naib Presiden PKR itu juga tidak melakukan apa-apa perkara yang berbakti kepada kawasan terbabit sejak menjadi Ahli Parlimen.

“Nurul Izzah di Lembah Pantai memang gagal jaga kebajikan di Lembah Pantai. Dia lebih tumpukan kepada kawasan di luar. Apa yang kita dapat di luar sana mengetahui Nurul Izzah ini seorang yang tidak berbakti kepada Lembah Pantai.

“Nurul Izzah ini lebih hebat atau dimomokkan dengan media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan sebagainya. Tetapi di Lembah Pantai bagi kami pengundi-pengundi muda ini, dia dalam seminggu memang tidak ada dalam Lembah Pantai,” dakwanya.

Tambahnya, pihaknya akan berterusan mendesak Ahli Parlimen Lembah Pantai itu melepaskan jawatannya dengan memasang kain rentang di sekitar kawasan terbabit.

Katanya kira-kira 20 kain rentang akan dipasang agar Nurul Izzah meletakkan jawatannya.


FMT 



 
Aku rasa ada permainan kotor dari pimpinan PKR itu sendiri. Mereka takut dengan kebangkitan Nurul dan sokongan kuat dari rakyat terhadap beliau. Mereka2 ini wajib kita tumbangkan segera, mereka ini akan menjadi DURI DALAM DAGING PKR. Wallahuallam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.