Followers

Friday, December 18, 2015

Pelajar Hilang Dilarikan Guru Posted by Kita Bantai



Kajang, 17 Dis: Seorang guru silat lelaki berusia 30-an kini menjadi buruan polis selepas dipercayai melarikan remaja perempuan berusia 13 tahun yang keluar dari rumahnya di Taman Pinggiran Delima, Batu 14, Hulu Langat, pada Ahad lalu.

Lelaki terbabit dipercayai melarikan Sufi Arifah, 13, selepas remaja tersebut keluar dari rumah dalam kejadian jam 1.30 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji, suspek diburu selepas polis mengambil keterangan dari lelaki yang juga anak murid suspek yang mengaku membantu suspek melarikan mangsa.

"Anak muridnya itu mengaku bekerjasama dengan suspek untuk melarikan mangsa. Dia juga ada memberitahu, gurunya akan membawa mangsa ke Thailand untuk bernikah.

"Kita masih menjalankan siasatan bagi memburu suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.

Tambah beliau juga, pihaknya telah pun meminta bantuan unit risikan sempadan PDRM untuk mengesan mangsa.

"Kita sudah hantar semua maklumat dan butiran suspek serta mangsa dan operasi mengesan mereka giat dijalankan di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Padang Besar, Perlis," katanya memetik laporan myMetro.

Tambah beliau, suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau kerana merogol.

Sufi dilaporkan hilang pada 13 Disember lalu apabila bapanya memeriksa bilik anaknya pada 3 pagi dan mendapati dia tiada di bilik tidurnya.

Bapa Sufi, Mohd Rizal Johari, 40, yang bimbang terus membuat laporan polis berikutan kehilangan anaknya.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.