Followers

Friday, December 4, 2015

'Najib muka tebal perlu baca komen Facebook' - Alyaa Azhar


WAWANCARA l Mengulas masa depan politik Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, pengkritik lantangnya, Datuk Khairuddin Abu Hassan percaya masanya tidak lama lagi.

Memetik pengalamannya sebagai bekas pemimpin Umno bahagian yang sering bersama akar umbi, Khairuddin mendakwa sentimen semasa terhadap Najib amat negatif sekali.

"Saya rasa Najib terlalu yakin. Beliau terlepas pandang kerana dikelilingi oleh pembodek - keldai-keldai ini yang akan memusnahkan beliau.

"Saya label mereka ini pemimpin keldai kerana mereka mengelirukan pemimpin tertinggi. Ini bermakna mereka tidak ikhlas, mereka tidak sayangkan parti dan presiden parti, dan mereka tidak mencintai negara," kata Khairuddin dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Apabila diajukan kepadanya babahawa Najib tegas mahu kekal sebagai perdana menteri tanpa menghiraukan situasi sekarang, Khairuddin mencadangkan supaya Najib membaca komen-komen yang disiarkan di laman Facebooknya sendiri.

"Secara semulajadi, dia (Najib) bermuka tebal. Suruh Najib buka laman Facebook dan baca semua komen.

"Daripada kenyataan yang diterimanya setiap hari, hampir semua adalah negatif. Sebagai seorang pemimpin yang baik, jika dia masih waras, saya fikir dia boleh mengukur popularitinya sekarang.

"Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Najib. Jika dia tidak sedar reaksi rakyat terhadapnya sekarang, sesuatu tidak kena dengan Najib," kata Khairuddin tanpa menapis ayatnya itu.

Darah Umno

Walaupun kelihatan bersemangat untuk menumbangkan Najib, Khairuddin bagaimanapun, tidak bersedia untuk bekerjasama dengan pembangkang untuk meneruskan agenda itu.

"Saya masih ahli Umno, walaupun jawatan saya telah dilucutkan. Saya akan kekal setia bersama Umno.

"Saya percaya dengan Umno dan BN. Darah yang mengalir di tubuh saya adalah darah Umno," katanya.

Dan atas sebab itu, katanya mendorongnya membuat banyak laporan terhadap syarikat pelaburan negara 1MDB yang diilhankan oleh Najib yang kini sarat hutang.

Semua itu, kerana mahu menyelamatkan Umno dan BN.

Khairuddin percaya selagi Najib tidak lagi menjadi perdana menteri, BN boleh mengharungi pilihan raya umum akan datang dengan selamat.

Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.