Followers

Wednesday, December 23, 2015

NAJIB FIKIR DIA SIAPA.??? By canang


NAJIB FIKIR DIA SIAPA.???

Hanya Agong layak isytihar kawasan keselamatan'

PARLIMEN - Yang paling layak untuk mengisytiharkan kawasan keselamatan di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 adalah Yang di-Pertuan Agong, kerana kedudukan baginda yang melampaui politik, kata seorang senator BN dari Sabah.
 

Kuasa yang diberikan kepada perdana menteri berhubung perkara itu sepatutnya diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Senator Lucas Umbul dari Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) hari ini.

Memetik Seksyen 18 RUU MKN, yang membolehkan perdana menteri mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai kawasan keselamatan untuk tempoh maksimum enam bulan, Lucas berkata, kuasa itu sepatutnya diberikan kepada baginda.

Katanya, kuasa yang luas seperti itu perlu diberikan kepada orang yang berkelayakan yang kedudukannya yang melampaui politik, iaitu Yang di-Pertuan Agong.

Lucas menegaskan demikian ketika membahaskan RUU MKN di peringkat dasar di Dewan Negara.
Menurutnya, RUU itu telah memberi gambaran yang salah bahawa pihak eksekutif akan mengambil kuasa Yang di-Pertuan Agong, yang secara tradisinya memegang kuasa untuk mengisytiharkan darurat.

Lucas adalah senator BN kedua yang tidak bersetuju dengan peruntukan dalam RUU MKN yang memberi kuasa kepada perdana menteri untuk mengisytiharkan kawasan keselamatan dibuang. Semalam, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Senator Datuk Sim Kui Hian membuat gesaan yang sama.

Lucas juga secara tidak langsung bersetuju dengan rakannya yang juga presiden Majlis Senator Malaysia (MSM), Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman bahawa RUU berkenaan tidak mengikut perlembagaan.

'Perlembagaan undang-undang tertinggi'

Tegasnya, perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara dan semua undang-undang yang digubal mestilah dalam lingkungan perlembagaan.

Kegagalan berbuat demikian, tambah Lucas, akan mengundang kritikan bahawa (kerajaan telah) melanggar perlembagaan, dan akan ada percubaan untuk memalu dan mensabotaj imej politik dan undang-undang.

Menurutnya, beberapa aspek kontroversi perlu dipinda dan diperbaiki tanpa mengabaikan objektif rang undang-undang itu.

Ini, katanya, termasuk hak-hak asasi sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Seramai 19 senator sedang membahaskan Rang Undang-Undang MKN pada bacaan kedua hari ini. Dewan akan berusaha untuk meluluskan RUU itu di peringkat jawatankuasa hari ini - iaitu hari terakhir persidangan Dewan Negara.

Menyuarakan sebaliknya terhadap hujah Lucas ialah Senator MCA Senator Chia Soong Cheng, yang berkata RUU MKN tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan dan dengan itu perlu disokong sepenuhnya oleh dewan memandangkan Dewan Rakyat telah meluluskannya.

Ketika perbahasannya, Chia berkata RUU itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

RUU itu juga, hujahnya, tidak mengambil kuasa Yang di-Pertuan Agong atau kerajaan-kerajaan 
negeri.SUMBER

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.