Followers

Thursday, December 3, 2015

Mahathir menipu tuduh kerajaan punca Proton mahal – blog UMNO FMT Reporters


mahathirprotonKerajaan mengenakan cukai eksais ke atas kenderaan sekitar 65% hingga 125 % bukan 300% seperti didakwa Tun M.

PETALING JAYA: Blog pro-UMNO, MYKMU menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad menipu apabila mendakwa harga kereta keluaran Proton mahal disebabkan kerajaan mengenakan cukai sehingga 300%.

Blog itu berkata, kenyataan mantan Perdana Menteri itu satu pembohongan kerana cukai eksais ke atas kenderaan yang dikenakan di negara ini hanyalah sekitar 65% hingga 125% mengikut Dasar Automotif Nasional.

“Datang mana pulak 300%?,” soal blog itu.

Katanya, apabila kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) April lalu, harga kereta sepatutnya turun 4% lagi kerana cukai jualan sebanyak 10% telah digantikan dengan GST sebanyak 6%.

“Hairan bagaimana Proton tak boleh turun harga kerana banyak syarikat kereta lain boleh turunkan harga selepas GST dilaksanakan. Mungkin sebab pembekal Proton enggan turun harga mereka sebab ada pertalian saudara ke macam mana dengan Pengerusi, mungkinlah, kita tak tahu.

“Tapi nak mengatakan kerajaan punca harga kereta tak boleh turun, itu tak betul. Malah nak disebutkan di sini, Dasar Automatif Negara itu sendiri menyebabkan harga kenderaan yang dipasang dalam negara (CKD) turun sebanyak 30%, tak tahulah kalau kereta Proton sekarang pasang kat Zimbabwe ke mana sampai tak boleh turun harga?,” kata blog itu.

Katanya, Proton telah menurunkan harga kereta keluarannya dengan memberi diskaun sehingga 12 peratus.
“Entah bagaimana maklumat ini tidak sampai kepada Pengerusi (Mahathir) sehingga dia mendakwa seperti itu.

“Atau mungkin maklumat sampai tapi sengaja diselewengkan kerana kesumat yang teramat sangat kepada Perdana Menteri. Benarlah kerajaan tidak lagi boleh layan Proton macam anak emas seperti mana di bawah pentadbiran Mahathir dulu, masa dah berubah, banyak keperluan lain yang kerajaan perlu beri perhatian.

“Tapi jangan kerana itu bohong dan fitnah kerajaan, ingat akhirat sikit,” tulis blog itu.

FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.