Setakat ini sumber dari astro awani mengesahkan bahawa kejadian tersebut dikaitkan dengan kebakaran kereta akibat perbuatan khianat dan bukan letupan bom.
Siasatan polis mendedahkan bahawa bekas suami yang cemburu mungkin punca serangan yang menyebabakan kebakaran yang memusnahkan beberapa kereta di tempat letak kereta stesen LRT Taman Jaya, Petaling Jaya, petang ini.
Menurut sumber polis, mangsa yang keretanya dibakar itu mengendalikan sebuah kedai makan di kawasan itu.
Adalah dipercayai mangsa adalah kawan rapat bekas isteri suspek dan kedua-dua mereka mengenali antara satu sama lain sejak kecil.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.