Followers

Monday, December 7, 2015

Khairuddin cabar ‘singa sarkas’ UMNO berdebat Adam Abu Bakar


singa-sarkas

Khairuddin kecewa dengan sikap Shahrir kini yang seolah-olah sudah menjadi 'pak turut' dalam setiap keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad dilihat sudah kehilangan ‘taringnya’ bahkan kini dianggap singa tua di dalam UMNO.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, sikap dan pendirian Shahrir dalam politik jauh berbeza sama sekali.

“Saya kenal Shahril Samad sejak Semangat 46 lagi, dia antara pengasas dalam parti itu. Dia sungguh berani menolak rasuah, menentang pemimpin kuku besi dan berani menegakkan kebenaran.

“Tetapi kini Shahrir ibarat singa tua yang tidak ada taringnya lagi, tidak bergigi. Dia kini seperti singa sarkas yang mana tidak lagi digeruni dan ditakuti,” katanya dalam wawancara bersama Free Malaysia Today.

Tanpa berselindung, Khairuddin menjelaskan beliau kecewa dengan sikap Shahrir kini yang seolah-olah sudah menjadi ‘pak turut’ dalam setiap keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

“Saya kecewa dengan sikap Shahrir sekarang ini. Dia sudah tidak mempunyai prinsip lagi dan sudah tidak relevan. Bahkan Shahrir juga tidak popular pada masa kini dalam kalangan rakyat. Eranya sudah habis,” tegasnya.

Bagi membuktikan telahannya salah, Khairuddin mencabar Shahrir untuk berdebat dengannya dalam isu kontroversi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya cabar Shahrir untuk berdebat dalam siaran langsung di stesen televisyen RTM dalam soal 1MDB. Kita biar rakyat hakimi siapakah yang bercakap benar dan siapakah yang berbohong.

“Kalau mereka (menteri-menteri kabinet) tidak berani untuk berhadapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, marilah berdebat dengan saya tentang isu 1MDB,” ujarnya lagi.

Shahrir merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru yang suatu ketika dahulu lantang bersuara. Beliau telah memegang pelbagai jawatan di dalam kabinet antaranya menjadi Menteri Wilayah Persekutuan pada 1987.

Shahrir juga mencatat rekod apabila menjadi setiausaha politik termuda di Malaysia kepada Tun Musa Hitam yang kemudiannya menjadi Timbalan Perdana Menteri.

FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.