Followers

Wednesday, December 2, 2015

Ketua UMNO cawangan desak Najib sudah sedia dipecat Mohamad - Fadli


najib-umno

Mereka mempersoalkan mengapa jika akar umbi mengkritik pemimpin dianggap sebagai pengkhianat parti.

PETALING JAYA: Ketua-Ketua UMNO cawangan yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya berundur sudah bersedia dikenakan tindakan tegas oleh parti termasuk dipecat.

Ketua UMNO Cawangan Kampung Railway, Bahagian Puchong, Mohd Said Amidon berkata, ketua-ketua UMNO cawangan yang terlibat tidak gentar sekiranya Jawatankuasa Disiplin mengambil tindakan terhadap mereka.

Ini kerana, katanya, desakan itu bertujuan menyelamatkan UMNO bukannya berniat untuk merosakkan parti.

“Kita tidak faham kenapa apabila ahli akar umbi di bawah ini yang ingin menyelamatkan parti dikatakan cuba merosakkan parti.

“Apapun keputusannya nanti… kita tidak gentar dan sudah bersedia untuk dipecat keahlian kami,” katanya kepada FMT.

Said berkata demikian ketika diminta mengulas sembilan Ketua UMNO Cawangan Teluk Kemang akan diambil tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin pada Rabu ini.

Mengulas lanjut, Said juga berkata, desakan terhadap Najib tetap akan diteruskan walaupun tindakan dikenakan terhadap mereka.

“Kita tahu tindakan yang diambil oleh Jawatankuasa Disiplin parti hanyalah satu usaha untuk mengalihkan perhatian orang ramai.

“Kita tetap dengan usaha supaya Najib berundur dan tidak akan mengalah,” tegasnya sambil menafikan ketua-ketua cawangan yang membuat desakan itu kerana kecewa kalah dalam pertandingan peringkat bahagian masing-masing.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.