Followers

Saturday, December 12, 2015

Kerana kritik Najib, lapan Ketua UMNO digantung enam tahun Adam Abu Bakar


UMNO telok

Mohamad Zin berkata, penggantungan ini membuktikan demokrasi di dalam parti Melayu itu telah mati. 

KUALA LUMPUR: Hanya kerana mengkritik tuan Presiden, lapan Ketua Umno Cawangan Bahagian Teluk Kemang digantung selama enam tahun. Di samping itu, hak mereka untuk memilih pemimpin dan dipilih sebagai pemimpin dalam pemilihan parti juga ditarik.

Hukuman itu berkuatkuasa pada 2 Disember lalu, iaitu pada hari mereka dipanggil menghadap Lembaga Displin UMNO.

Mangsa, Datuk Mohamad Zin Mustapa dari cawangan Taman Datuk Haji Abdul Samad berkata penggantungan ini membuktikan demokrasi di dalam parti Melayu itu telah mati.

“Dengan jelas, tindakan ini diambil bagi menutup mulut kami daripada menyuarakan perkara yang benar berkenaan UMNO,” jelasnya.

Sebelum ini, mereka dalam satu sidang media mendesak Najib meletakkan jawatan ekoran pelbagai kontroversi yang melanda dirinya. Ia membabitkan isu 1MDB dan juga wang derma berjumlah RM2.6 bilion.

Jelas beliau lagi, keputusan ini juga menunjukkan bahawa Datuk Seri Najib Razak bukan seorang gentleman seperti yang cuba diuar-uarkan.

“Nampaknya beliau (Najib) keliru dengan maksud sebenar ‘gentleman’. Dimanakah ‘gentleman’nya presiden sehingga orang yang mengkritiknya perlu dihukum seperti kami?

“Seorang pemimpin berjiwa besar akan menerima segala teguran yang ditujukan kepada beliau,” katanya.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.