Followers

Tuesday, December 15, 2015

Kami boleh bantu Umno hapus anasir

Dengar Nama UMMO Laju Saja Nik Abduh Bagi Respon..


KUALA LUMPUR - ‎Umno bukanlah satu-satunya anasir yang merosakkan negara, malah selain dari parti itu, masih terdapat banyak anasir lain yang merosakkan negara, kata Pemuda Pas.

Menurut Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, menerusi kerjasama antara Pas dan Umno, partinya boleh membantu Umno untuk menghapuskan anasir yang boleh merosakkan masa depan negara.

.

"Saya tak kata Umno itu bukan anasir. ‎Tetapi selain Umno, masih banyak lagi anasir lain. Kita tahu Umno adalah parti memerintah kerajaan, kita boleh bantu Umno hapuskan anasir yang boleh rosakkan negara," katanya menerusi sidang media di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun menolak dakwaan bahawa kerjasama itu merupakan kerjasama politik.

‎Katanya lagi, apa yang dilakukan oleh Pas hanyalah demi kepentingan menyelesaikan isu dan masalah yang dihadapi rakyat.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.