Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata timbalan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin jangan melampaui batasan ketika berucap pada perhimpunan di Kampung Baru, Kuala Lumpur malam ini atau berdepan tindakan disiplin.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata timbalan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin jangan melampaui batasan ketika berucap pada perhimpunan di Kampung Baru, Kuala Lumpur malam ini atau berdepan tindakan disiplin.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak melampaui batasan ketika berucap pada perhimpunan di Kampung Baru, Kuala Lumpur malam ini atau bakal berdepan tindakan disiplin.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, parti itu tiada halangan dan menyerahkan keputusan kepada Muhyiddin jika beliau ingin membuat ucapan sebelum Perhimpunan Agung Umno 2015 yang akan bermula esok malam.
“Saya tak tahu tentang ini cerita, nak bagi ‘speech’ (ucapan), terpulang pada dia.
“Cuma 'don’t cross the line, you cross the line, we will take action' (jangan melampaui atasan, kalau melampaui batasan, kami akan ambil tindakan),” katanya dipetik sebagai berkata di Putrajaya menurut laporan portal Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) hari ini.
Muhyiddin akan membuat ucapan di Kuala Lumpur hari ini di berikutan larangan daripada pimpinan pusat untuk beliau berucap pada Perhimpunan Agung Umno, yang bermula esok.
Difahamkan, bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad akan turut hadir bersama Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal pada perhimpunan di tempat bersejarah bagi parti Melayu itu, Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru.
Larangan itu dikeluarkan susulan kenyataan Muhyiddin sebelum ini yang tidak selari dengan pendirian Putrajaya lebih-lebih lagi membabitkan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Muhyiddin juga dilarang merasmikan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri seperti kebiasannya dilakukan beliau sebagai timbalan presiden Umno.
Sebaliknya ucapan Muhyiddin akan digantikan dengan majlis taklimat presiden secara tertutup.
Sementara ucapan dalam sesi penggulungan pula, akan diputuskan dalam satu mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno pada 9 Disember, sama ada Muhyiddin dan Shafie dibenarkan berucap ataupun tidak.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga naib presiden Umno berkata keputusan itu akan didengari Muhyiddin dan Shafie kerana mereka juga menghadiri mesyuarat khas tersebut. – 7 Disember, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.