Followers

Thursday, December 17, 2015

Cina Jual Handset Ugut Dan Kurung Pembeli..


Seorang mangsa penipuan ‘dikurung’ dalam sebuah bilik kecil selama empat jam oleh beberapa lelaki yang tak dikenali gara-gara mangsa tanak meneruskan pembelian empat telefon bimbit di sebuah kedai enset di Kompleks Kota Raya, Kuala Lumpur.

Pembelian tu tak diteruskan kerana harga kempat-empat enset tu yang tiba-tiba mencecah RM10,000 berbanding harga asal yang dipersetujui iaitu sebanyak RM800. Jauh bezanya tu, cekik darah gila!

Menurut mangsa, Dipres Nasution Mohd. Ariffin, 28, awalnya tu dia memang berminat nak beli empat enset disebabkan ada tawaran menarik. Setiap unit enset tu harga RM 200 hinggit aje pun, tu la yang Ariffin nak beli empat sekaligus.

Kekecohan berlaku selepas Ariffin ni dah buat pembayaran, penjual enset tu tanak bagi pula enset yang dibeli dan disebaliknya menyuruh Ariffin masuk ke sebuah bilik kecil di kedai yang berdekatan.

Lebih kurang sejam juga dok menunggu dalam tu, seorang lelaki lain datang membawa bil. Bil tu tercatat harga pembelian enset mencecah RM10,000 hinggit, mau terkejut beruk Ariffin ni hah!

Lepas terkejut terima bil tu, Ariffin ada tanya kat lelaki tu kenapa harga tak sama dengan harga awal yang ditawarkan. Dah dijawab tu bagi macam-macam alasan pula. Dek kerana terkejut dengan harga gila tu, Ariffin tanak teruskan pembelian lagi.

Jadi lebih teruk, dia dipaksa bayar juga kalau nak ‘bebas’. Selain tu, mengugut nak senarai hitam nama Ariffin oleh jenama enset tu. Pelik sangat dah cara diorang nak menjual enset ni, dah la ‘kaki kencing’ dan main ugut-ugut pula!

“Lelaki tu paksa saya keluarkan duit dari mesin ATM, saya bagitau yang saya ada  RM5,000 sahaja dan jumlah tu tak cukup nak menjelaskan harga semua telefon bimbit tu. Selagi tak bayar, saya tak akan dilepaskan.

“Selepas mendapati akaun saya benar-benar tak ada duit yang cukup, dia akhirnya bersetuju menerima RM5,000 untuk empat telefon bimbit. Malangnya jenis telefon bimbit yang diserahkan kepada saya tak sama dengan pilihan asal,” kata Ariffin.

Disebabkan rasa tertipu, Ariffin ambil langkah buat aduan kepada beberapa agensi yang bertanggungjawab termasuk la Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tapi kecewa tak ada sebarang tindakan diambil.

Dek kerana tu, dia tak putus asa buat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Selepas dapat aduan tu PPIM terus buat serbuan di Kompleks Kota Raya dan kedai enset tu..

Akhirnya, Ariffin mendapat hak dia kembali selepas Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi menyaksikan sendiri penyerahan duit oleh penjual tu kepada Ariffin. Korang pun hati-hati ye, jangan jadi mangsa penipuan cenggini!MissHana/Utaranews.com.




 
Syabas dan Terima kasih diatas tindakan segera dari PPIM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.