Followers

Friday, December 4, 2015

Buktikan kami ‘diresapi Isis’, PAS Kedah cabar Mat Sabu



Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dicabar kemukakan bukti menyokong dakwaan PAS diresapi pemikiran Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis). – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Disember, 2015.
 
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dicabar kemukakan bukti menyokong dakwaan PAS diresapi pemikiran Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis)

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dicabar kemukakan bukti menyokong dakwaan PAS diresapi pemikiran Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi mencabar Mohamad Sabu mengemukakan bukti menyokong dakwaan parti Islam itu diresapi pemikiran Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Katanya, tanpa sebarang bukti, tuduhan presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu akan dianggap sengaja memburuk-burukkan PAS.

"Sepatutnya sebagai orang lama dalam politik, dia perlu bercakap berdasarkan fakta dan bukan melulu tuduh PAS," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau turut melahirkan rasa hairannya kerana perkara itu tidak pernah dibangkitkan sewaktu Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu menjadi timbalan presiden PAS.

"Kita hairan sewaktu dia dalam PAS tak bunyi pun soal Isis tetapi apabila dia keluar PAS, terus keluar tuduhan macam-macam.

"Saya faham dia mengerti perkara ini. Mungkin dia ada masalah lain. Bukan tidak mahir tetapi tuduhan itu tidak kena pada caranya," katanya.

Mohamad awal minggu ini mendedahkan di antara punca Amanah ditubuhkan kerana bekas partinya PAS sudah diresapi pemikiran Isis.

Beliau menuntut siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan negara ke atas penyusupan pemikiran Isis yang menyebabkan suburnya budaya “takfiri” dalam PAS.

"Saya sebagai presiden Amanah menuntut satu kajian serius dibuat Polis Cawangan Khas (SB) kerana ia bahaya kepada keselamatan negara Malaysia," kata Mohamad dalam wawancara bersama The Malaysian Insider. – 4 Disember, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.