Followers

Wednesday, December 30, 2015

Bekas PM Israel dihukum penjara atas kesalahan rasuah Agensi | Diterjemahkan oleh: Mariah Ahmad


Mahkamah Agung berkenaan turut mengurangkan hukuman penjara Olmert kepada 18 bulan dan dia akan menjalani hukuman terbabit pada Februari depan. - Gambar fail
 
Bekas PM Israel dihukum penjara atas kesalahan rasuahBAITULMAQDIS: Mahkamah Agung Israel pada Selasa telah mengekalkan sabitan kesalahan rasuah terhadap bekas perdana menteri Ehud Olmert.

Mahkamah Agung berkenaan turut mengurangkan hukuman penjaranya kepada 18 bulan dan dia akan menjalani hukuman terbabit pada Februari depan.

Berikutan keputusan mahkamah tersebut, Olmert, 70, menjadi bekas perdana menteri pertama dalam sejarah Israel yang dikenakan hukuman penjara.

Dia bagaimanapun, menerima dan menghormati keputusan mahkamah itu.

"Saya menghormati keputusan mahkamah. Seperti yang anda ketahui, beberapa tahun sebelum ini sangat sukar bagi saya, keluarga, isteri, lima orang anak saya dan juga bagi 11 cucu saya yang lain," kata Olmert.

Pada Mac 2014, Olmert dituduh menerima rasuah yang melibatkan sebuah projek pembangunan hartanah di Baitulmaqdis.

Olmert dinamakan sebagai suspek utama dalam skandal Holyland atas dakwaan dia menerima beratus ribu shekel untuk membantu pemaju mendapatkan kelulusan perancangan dan undang-undang projek berkenaan.

Projek menara itu juga dilabel sebagai simbol penyelewengan peringkat tinggi.

Olmert didakwa ketika menjadi datuk bandar Baitulmaqdis dan menteri perdagangan dan industri sebelum menjadi perdana menteri pada 2006.
Pada September 2008, dia meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas polis mengumumkan dia akan didakwa atas beberapa tuduhan rasuah.

Julai 2012, didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah tetapi bebas daripada dua tuduhan lain yang lebih serius menyentuh dakwaan menerima sampul surat berisi wang tunai serta beberapa pembiayaan ke luar negara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.