Followers

Tuesday, December 15, 2015

BEKAS PEMIMPIN MAHASISWA KATA PAS ‘MENGONGKONG’


Monday, December 14, 2015

‘Koalisi’ kepartian dan keutuhan dasar bersama, mana lebih utama?


parti pembangkang
BERDEPAN dengan politik kuasa di peringkat nasional, nyata sekali banyak kelemahan dalam gabungan politik pembangkang dan ia menimbulkan kemusykilan rakyat.
Maka penganalisis dan penggemar politik merasakan wujudnya ketidaksediaan pembangkang mengambil alih kuasa kerajaan BN.
Sehingga hari ini, kerajaan UMNO BN pada setiap sesi perbahasan di Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) terus menerus menerima tekanan kuat dari pembangkang, baik dalam perbahasan bajet mahupun perbahasan Rang Undang-Undang (RUU).
Sungguhpun hubungan politik antara parti pembangkang ketika ini haru-biru (termasuk baru-baru ini sebahagian wakil rakyat PAS tidak bersama dengan wakil DAP dan PKR menolak bajet BN di Parlimen).
Namun momentum penentangan yakni perbahasan dasar di Dewan Rakyat oleh wakil rakyat pembangkang tetap ampuh ketika berdepan kerajaan BN di setiap negeri dan Parlimen. Di Dewan Negeri Johor sahaja, wakil rakyat BN berasa lelah dengan perdebatan dewan.
Suhu berkenaan tidak akan surut sehinggalah penggal kerajaan BN tamat, malah keadaan itu lebih hangat dan kritikal lagi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
parlimenIni penting kerana kekuatan pembangkang hari ini bukan lagi bergantung pada hubungan ‘koalisi’ atau gabungan antara parti tetapi lebih nyata dalam aspek hubungan tugas sebagai wakil rakyat baik di DUN mahupun Parlimen.
Ekosistem ini berubah kerana momentum keresahan rakyat terhadap isu-isu utama dalam aspek ekonomi dan sosial. Hal kepartian sudah tidak begitu menjadi agenda.
Jika diukur hebat atau utuh sekalipun hubungan gabungan antara parti pembangkang, ia belum tentu dapat menggugah hegemoni kuasa politik BN di Dewan Rakyat, malah ia belum tentu mampu mengolah gelombang penentangan rakyat terhadap dasar pemerintahan BN.
Perkara kedua, sekalipun gabungan politik pembangkang retak seribu, kerajaan negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang kekal stabil pada dasarnya, baik dalam urus tadbir dan aspek pertumbuhan ekonomi dan urusan kebajikan sosialnya.
Tidakkah kita berasa satu perkara yang unik apabila keadaan politik kepartian meliar dan meribut tetapi tugas hakiki sebagai wakil rakyat dan kerajaan, terus berjalan teratur, malah cekap?
Indikasi itu sangat signifikan apabila kita rujuk kembali visi pakatan pembangkang yang berhasrat membawa satu budaya politik baru dan menolak kuasa politik UMNO BN.
Kita sering menggambarkan bahawa menerusi kekuatan gabungan antara parti, barulah ia membawa kejayaan politik untuk menukar kerajaan BN. Gambaran itu, hari ini, boleh menipu kita kembali.
Dalam politik baru sepertimana hasrat gabungan pembangkang, kekuatan sebenar yang boleh menumbangkan BN bukan semestinya terletak pada kepartian.
Bukan bermakna parti tidak penting tetapi dalam senario kebencian rakyat terhadap UMNO BN pada masa ini, kekuatan sebenarnya banyak bergantung pada peringkat pembuat atau merangka dasar ekonomi, sosial, pendidikan, kebudayaan dan sebagainya.
Gabungan kepentingan rakyat itu mungkin bentuknya belum dapat dizahir sebagai entiti yang mudah difahami oleh rakyat biasa, macam alien. Kerana kita semua berazam untuk membentuk sistem dua parti iaitu BN dan Pakatan.
Maka, bentuk selain BN atau Pakatan, sukar muncul atau tidak dapat difahami. Imaginasi itu terhenti setakat di situ sahaja, ini kelemahannya.
Dalam merangka dasar, baik pada peringkat DUN atau Parlimen, kefahaman dan kerjasama antara wakil rakyat pelbagai parti enting untuk mengundi sesuatu dasar atau undang-undang, berbeza dengan identiti parti yang sering memisah dan menjarakkan kerjasama.
Janganlah sampai perjuangan dan impian Rakyat musnah disebabkan tindakan mementingkan diri.
Janganlah sampai perjuangan dan impian Rakyat musnah disebabkan tindakan mementingkan diri.
Sebagai contoh, BERSIH. Kempen itu menjadi massa dan berpengaruh bukan kerana kekuatan politik kepartian, sebaliknya kerana semua pihak bersetuju dengan perjuangan BERSIH baik pada peringkat awam dan wakil rakyat di Parlimen termasuk sebahagian dari BN.
Maka kerana itu, BERSIH berjaya membawa mesejnya walaupun ada parti politik yang tidak menyokong atau menyertainya.
Contoh kedua, kempen PAS untuk Hudud. Ia gagal pada peringkat pembuat dasar (Parlimen). Ini kerana dasar itu tidak mendapat sokongan majoriti wakil rakyat pelbagai parti politik, hatta UMNO yang kononnya sanggup menerima pembentangan RUU itu.
Jadi nyata sekali, gabungan parti politik bukan lagi menjadi kekuatan utama untuk menjana kemenangan sebaliknya kekuatan itu terletak pada pembuat dasar termasuk dalam kalangan badan bukan kerajaan (NGO) politik dan sosial.
Cumanya, bagaimana hal ini dapat dipermudah untuk kefahaman dan penerimaan rakyat.
Kepercayaan tak boleh dipaksa tetapi boleh dibina. Jadi, adakah kita boleh percaya pada pembangkang?

* Mahdzir Ibrahim ialah Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.