Followers

Thursday, December 3, 2015

Azalina beri jawapan paling bodoh -DAP Arfa Yunus


Azalina_Lim-Lip-Eng_Apandi_najib_600

Panggilan itu dibuat Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang mempersoal kenyataan Azalina berhubung nasihat Peguam Negara kepada Najib

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dikatakan memberi jawapan paling bodoh berhubung kenyataannya bahawa Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali telah menasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak supaya tidak hadir ke Dewan Rakyat bagi menjelaskan mengenai dana derma RM2.6 bilion ke dalam akaunnya.

Panggilan itu dibuat Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

“Hari ini kita lihat jawapan paling bodoh di Parlimen setakat ini, di mana Azalina berkata Peguam Negara menasihat Najib supaya tidak menjawab (mengenai dana RM2.6 bilion),” katanya.

Wakil DAP berkata, Peguam Negara adalah peguam kepada kerajaan dan sebarang nasihatnya Perdana Menteri supaya tidak dijawab akan diikuti.

Berikutan kenyataan itu, dia turut mempertikai penjelasan yang dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Jangan hanya suruh timbalannya menjawab dan penjelasan dengan masa tiga minit,” katanya kepada FMT di Lobi Parlimen.

Mengulas mengenai penggantian yang dibuatnya, Ahmad Zahid berkata, Peguam Negara telah menasihat Najib supaya tidak membuat sebarang kenyataan kerana masih dalam siasatan.

Dalam jawapan ringkasnya, beliau mengulangi bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaklumkan bahawa RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Najib bukan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


FMT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.