Followers

Monday, November 16, 2015

Usul undi tidak percaya PM ditarik balik FMT Reporters


undi

Ia dibuat ekoran usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang baharu dihantar oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 22 Oktober yang lalu.

KUALA LUMPUR: Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibawa Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian akhirnya ditarik balik pada awal pagi Isnin.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said mengesahkan perkara itu selepas usul Loy Sian yang diletakkan dalam kertas aturan urusan mesyuarat dan usul-usul di susunan ke-27 telah ditarik balik oleh ahli Parlimen PKR itu sendiri.

“Diumumkan bahawa usul yang dikemukakan oleh PJ Selatan telah ditarik balik melalui notis bertulis yang dikemukakannya kepada pejabat Speaker,” kata Ismail sebelum memulakan persidangan Dewan Rakyat.

Ia dibuat ekoran usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang baharu dihantar oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 22 Oktober yang lalu.

Loy Sian pula mengemukakan usul tersebut pada 17 Oktober mendakwa perdana menteri gagal memberi penjelasan berhubung wang derma bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.


FMT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.