Followers

Wednesday, November 25, 2015

UMNO pecat Ketua Wanita Gopeng Adam Abu Bakar


hamidah

Datuk Hamidah Osman dipecat kerana bersalah melanggar disiplin parti.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman dipecat daripada parti kerana melanggar disiplin.

Keputusan itu diumumkan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi di Bangunan Parlimen pada Selasa.

“Dalam soal disiplin MT UMNO sebulat suara memutuskan Datuk Hamidah Osman dipecat daripada jawatan dan ahli UMNO atas perlanggaran disiplin.

“Perkara-perkara lain kita ada bincang tapi kita tidak ambil keputusan,” katanya pada sidang media ringkas selepas mesyuarat itu.

Hamidah, Ketua Wanita Bahagian Gopeng pernah menjadi EXCO Kerajaan Perak.

Beliau lantang mengkritik kepimpinan Najib termasuk terlibat secara langsung dalam menganjurkan forum yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Keputusan itu sekaligus menamatkan spekulasi kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal akan dipecat sebelum Perhimpunan Agung UMNO bulan hadapan.

Muhyiddin dan Shafie tidak hadir mesyuarat itu kerana berada di luar negara.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.