ARTIKEL TUN TERBARU: SEMUANYA BAIK (BM)
1. Akhbar Hari Rabu (4 November, 2015) melaporkan bahawa kita tidak
menghadapi krisis kewangan dan kita tidak akan mengalami krisis
kewangan.
2. Lapan orang terkenal termasuk PM memberitahu kita semua adalah baik.
3. Sekarang, jika sekiranya semuanya baik mengapa timbul keperluan untuk
menangkap orang kerana mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara?
Jika mereka mensabotaj sudah pasti perbankan dan kewangan Malaysia
tidak akan baik. Ia akan menjadi disfungsi.
4. Tetapi adakah benar bahawa segala-galanya adalah hunky-dory; semuanya
baik. Ini tidak mungkin! Bank-bank dan sistem kewangan mungkin baik,
tetapi terdapat juga petunjuk-petunjuk lain yang menunjukkan bahawa
ekonomi tidak baik.
5. Ringgit turun sebanyak 1 Ringgit kepada 4.3 pada 1 USD. Itu adalah
satu penurunan nilai yang besar yang lambat laun akan menjejaskan
perniagaan import atau pinjaman dalam USD.
6. Pasaran saham turun dengan kehilangan besar dalam pemodalan pasaran. Sekali lagi ini tidak baik untuk ekonomi.
7. Pertumbuhan ekonomi ketinggalan di belakang Indonesia dan Filipina.
Ini tidak normal. Kita biasanya meninggalkan mereka jauh di belakang.
8. Semua orang mengadu kenaikan kos sara hidup – kadar tol naik, harga
beras naik, GST, kos pengeluaran dan perkhidmatan, pengangkutan, gaji
untuk pembantu rumah, pengangguran graduan dan lain-lain semuanya
tinggi, mengurangkan kuasa beli semua orang.
9. Terdapat kehilangan keyakinan terhadap Kerajaan yang dicetuskan oleh
skandal 1MDB, ketidakupayaan untuk membayar hutang, kehilangan wang,
wang tunai dalam akaun peribadi PM, kemudian kelesapannya, kegagalan
menjelaskan USD700 juta, bajet 2016 yang berunsur hadiah kewangan,
pengecutan sumber-sumber negara, penggunaan dana KWSP dan KWAP yang
boleh dipersoalkan, FDI yang sikit dan lain-lain.
10. Jadi semua tidak boleh dikatakan baik. Siapakah yang
bertanggungjawab? Tidak mungkin satu entiti yang tidak wujud!! Mesti ada
orang-orang yang menguruskan ekonomi, menguruskan negara, orang yang
mempunyai kuasa dan pengaruh yang mana kata-kata dan perbuatan mereka
boleh menjejas ekonomi.
11. Di kebanyakan negara, pemimpin meletakkan jawatan apabila mereka
gagal; apabila dasar-dasar mereka gagal, apabila usaha pemulihan gagal.
Mereka juga meletakkan jawatan apabila beberapa malapetaka melandai
negara seperti Australia dan Romania. Sudah tentu mereka meletakkan
jawatan apabila berprestasi teruk dalam pilihan raya.
12. Tetapi tidak di Malaysia. Mencari sebab-sebab lain. Mencari kambing hitam. Menyalahkan iklim atau apa sahaja.
13. Kesiannya Malaysia. Tiada kehormatan. Tiada akauntabiliti. Tiada kebanggaan. Hanya pemeliharaan diri sendiri.
Sumber: http://chedet.cc/?p=1908
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.