Followers

Sunday, November 15, 2015

Tun M beri gambaran beliau mungkin didakwa FMT Reporters


mahathir_polis_600

Namun beliau tidak nampak apa yang dilakukan dan dikatakan pada Perhimpunan Bersih 4 melanggar undang-undang Negara.

PETALING JAYA: Negarawan terbilang, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan terdapat tanda-tanda yang beliau mungkin didakwa kerana mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri Perhimpunan Bersih 4 pada Ogos lalu.

Katanya, walaupun tidak nampak apa yang dikatakan dan dilakukan itu melanggar mana-mana undang-undang namun tindak tanduk polis yang menyiasatnya memberi tanda-tanda beliau mungkin didakwa.

“Mereka cuba jadikan apa yang saya lakukan atau katakan di khalayak ramai sebagai tindakan jenayah.
“Walaupun mereka tidak mengatakan saya akan didakwa, tetapi terdapat tanda yang saya mungkin akan didakwa.,” katanya menerusi posting terbaharu di blognya.

Katanya, jika beliau bersalah kerana menghadiri perhimpunan yang tidak dibenarkan polis terdapat lebih 50,000 orang yang melakukan kesalahan yang sama.

Katanya, polis sepatutnya turut menyiasat lebih 50,000 peserta himpunan itu jika mahu menegakkan keadilan. .

“Memang benar saya menghadiri satu perhimpunan yang tidak dibenarkan polis…tetapi lebih 50,000 orang juga terlibat dalam perhimpunan itu.

“Jika saya melakukan kesalahan, 50,000 orang yang terlibat dalam perhimpunan itu juga salah,” katanya.
Dr Mahathir berkata, polis seharusnya menggunakan undang-undang secara adil dan saksama.

Jika tidak, tindakan polis itu menunjukkan kerajaan telah melakukan penganiayaan terhadap dirinya




FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.