Followers

Saturday, November 14, 2015

Terus desak Najib selagi saya tidak disabitkan kesalahan – Tun M - Oleh: Mohamad Fadli

najib mahathirBeliau akan berhenti jika mahkamah mendapati desakan supaya Najib Tun Razak meletak jawatan adalah kesalahan jenayah. 
 
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata selagi beliau tidak disabitkan kesalahan di mahkamah, desakan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan akan diteruskan.

Ini kerana, katanya, desakan terhadap Perdana Menteri supaya melepaskan jawatan adalah tanggungjawabnya sebagai warganegara.

Bekas Perdana Menteri menegaskan, desakan itu akan dihentikan jika mahkamah mendapati apa yang dilakukan adalah kesalahan jenayah.

Namun, beliau tetap percaya dan yakin desakan yang dibuatnya itu bukan kesalahan jenayah.

“Mahkamah boleh memutuskan sama ada saya membuat sesuatu kesalahan atau ia merupakan satu kesalahan jenayah.

“Namun selagi saya tidak disabitkan bersalah oleh mahkamah, saya akan terus percaya apa yang saya lakukan sebelum ini tidak ada sebarang kesalahan.

“Ini adalah hak saya sebagai seorang warganegara untuk mendesak jika ada sesuatu kesalahan berlaku,” tulisnya dalam entri terbarunya di chedet.cc.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai reaksi terhadap tindakan polis yang menyiasatnya sebelum ini.

Beliau turut mengulangi pendiriannya bahawa dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib bukan didermakan penderma dari negara Timur Tengah.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.