Followers

Thursday, November 26, 2015

‘Raba’ penumpang kaedah zaman batu, malukan negara – Bung Mokhtar Faiz Zainudin


bung

Tindakan meraba penumpang merupakan tindakan yang tidak relevan dan memalukan negara kerana teknologi yang ada boleh digunakan

KUALA LUMPUR: Datuk Bung Mokhtar Radin mengutuk tindakan anggota keselamatan lapangan terbang di negara ini yang menggunakan tangan sebagai kaedah untuk meraba penumpang bagi tujuan keselamatan.

Katanya, kaedah tersebut sebagai satu pendekatan di zaman batu.

Jelas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, tindakan tersebut tidak relevan dan memalukan negara kerana teknologi yang ada boleh digunakan.

“Anggota keselamatan lapangan terbang kita masih raba sana raba sini, alasan digunakan ia salah satu mekanisme berkesan untuk mengesan bom dan benda-benda tidak diingini yang sememangnya tidak relevan sama sekali.

“Penggunaan tangan sebagai kaedah ‘raba raba’ penumpang di semua lapangan terbang di Malaysia, pada saya adalah satu kaedah atau pendekatan seperti di zaman batu.

“Raba sana raba sini, setiap pengawal di lapangan terbang kita cara mereka meraba pun berbeza. Ada yang raba cara keras, ada yang lembut, ada yang kasar. Yang jelas bukan semua orang suka kena raba, sebab kekadang mereka terlajak raba barang sulit kita,” katanya menerusi kenyataan.

Mengulas lanjut, Bung Mokhtar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, Malaysia perlu mencontohi kaedah yang diguna pakai oleh anggota keselamatan lapangan terbang luar negara dalam membuat kawalan.

“Siapa yang pernah ke London, Australia, Japan, Korea, Thailand, Laos, Cambodia, Indonesia, di lapangan terbang mereka pengawal keselamatan tidak main raba-raba.

“Mereka menggunakan mesin pengimbas badan individu yang telah diguna pakai hampir di seluruh lapangan terbang dalam dunia kecuali Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak pengurusan Malaysia Airport Berhad (MAB) supaya menukar kaedah pemeriksaan yang lebih canggih tanpa meraba.

“Sebab kalau benar sistem meraba amat berkesan, kita tidak kehilangan dua kapal terbang dalam satu tahun,” ujarnya.


KTM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.