Followers

Sunday, November 1, 2015

PRU14 - PAS Gelabah Bila DAP Nyatakan Hasrat Tandingi 8 Dun PAS Di Selangor



SHAH ALAM – Pas hari ini menyifatkan DAP seolah-olah tidak dapat mempercayai rakan politiknya sendiri dalam Pakatan Harapan hingga tetap memutuskan untuk ‘kacau’ kawasan yang pernah ditandingi Pas dalam pilihan raya lalu.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali menyifatkan kenyataan DAP yang dipercayai merujuk kepada laporan yang memetik kenyataan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua itu sebagai sangat angkuh.

“Apa perlunya DAP ‘kacau’ kawasan yang Pas pernah tandingi? Adakah DAP tidak dapat mempercayai rakan politiknya sendiri.

“Ini semua kata-kata sedap sendiri dan sangat angkuh walaupun pilihan raya masih jauh, sepatutnya terdapat rundingan tentang hal ini sesama mereka dalam Pakatan Harapan,” katanya yang dipetik melalui kemas kini status di Facebook, hari ini.

Semalam, Tony Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP mengumumkan parti itu telah bersiap siaga untuk meletakkan calon sekaligus bersedia untuk bertanding di lapan kerusi Dun di Selangor yang kini disandang Pas.

Namun katanya, perkara itu akan diperhalusi dalam mesyuarat Pakatan Harapan Selangor terlebih dahulu. Kerusi-kerusi itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua, Tanjung Sepat dan Paya Jaras.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.